PAS Pendakwah Bukan Pelacur

PAS Pendakwah Bukan Pelacur

Membaca beberapa komen yang tular dimedsos menuduh PAS sebagai parti pelacur hanya kerana PAS pernah berbaik dengan beberapa orang pimpinan parti dan bahkan pernah berkerjasama dengan parti-parti tersebut.

Saya merasakan mereka yang membuat tuduhan itu sebagai manusia-manusia yang GAGAL dalam memahami sejarah dakwah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Mereka perlu sedar bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik sebagaimana parti-parti politik lain yang ada di Malaysia.

PAS adalah wadah politik, dakwah dan Tarbiyyah.

Ketiga-tiga gerakan dan gerakkerja ini berjalan serentak didalam PAS.

Yang tidak duduk dalam PAS pastinya gagal memahami derap langkah PAS.

Sebagai sebuah gerakan dakwah PAS bukan hanya memikirkan objektif politik sahaja.

Saat berpolitik PAS tetap memikirkan matlamat dakwah dan tarbiyyah.

Untuk itu PAS akan mendekati siapa sahaja dan mana-mana pihak yang dilihat mampu menguatkan Islam dan ummah. kalau pun PAS bertemu TUN atau DSN atau LKS itu bukan soal-manusia-manusia tersebut.

Tetapi adalah kerana kepentingan Islam.

Saya tahu ada yang memperli PAS yang kononnya pelacur politik yang gila kuasa hanya disebabkan kerana PAS pernah;

1. PAS pernah berbaik dengan Tun selepas Tun dipecat tendang dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman.

PAS pernah bersama Tun Abdul Razak selepas peristiwa 13 Mei dan sanggup bersama dalam perikatan.

3. PAS memesrai Tengku Razaligh dan Semangat 46 selepas beliau kalah pertandingan Presiden UMNO.

4. PAS dengan tangan terbuka menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau diteranjang oleh Tun dari UMNO.

PAS beri kerusi PAS kepada PKR untuk bertanding dan sedia bersama dalam pilihanraya.

5. PAS terus membela DSAI saat beliau dipermalukan oleh UMNO dan Tun.

6. PAS pertahankan Azmin dan mencalonkan beliau sebagai MB Selangor selepas gerakan Kajang arahan Anwar gagal.

7. PAS berdiri sepentas dengan UMNO selepas PRU 14 dengan melupai segala sengketa sebelumnya.

Dan membantu semua calon-calon UMNO dalam PRK yang disertai UMNO.

8. PAS terima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM dan mempertahankan beliau walaupun sejarah menyaksikan TSMY juga pernah membelasah PAS dalam gelanggang politik.

Tidakkah kita juga saksikan bagaimana liku-liku dakwah Rasulullah SAW?.

1. Baginda berdakwah dari pintu ke pintu setiap penduduk Makkah.

2. Berjalan beratus batu ke Taif demi dakwah walaupun kemudiannya dilayan dengan penuh kasar.

3. Menghantar para sahabat mencari tapak baru di Habasyah dan menjalin hubungan dengan An-Najasyi.

4. Sentiasa menerima kunjungan pembesar jahiliyyah Arab jika mereka mahu mendengar mengenai Islam, sehingga turunnya ayat ‘Abasa yang menegur baginda.

5. Berhijrah ke Madinah dan mengadakan hubungan dengan 2 kabilah Arab Madinah iaitu Aus dan Khazraj.

6. Mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabila Yahudi walaupun mereka ternyata musuh-musuh Islam.

7. Membentuk Piagam Madinah bersama mereka.

8. Membentuk perjanjian Hudaibiyyah dengan jahiliyyah Arab walaupun zahirnya perjanjian itu berat sebelah dan kemudiannya dikhianati oleh Kaum Makkah.

9. Meberi perlindungan kepada Abu Sufyian ketika Fathul Makkah sedangkan Abu Sufyian juga orang yang mengetuai pasukan Arab Makkah memerangi baginda dalam perang Khandak.

Tidak hairankah kita melihat liku-liku perjalanan dan pendekatan dakwah baginda?

Ya..semuanya terjawab dalam sebuah ayat Allah SWT;

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Oleh kerana perjalanan politik dan dakwah PAS itu adalah Islam, maka liku-liku dan denai perjuangan PAS ini disalin dari perjalanan Baginda SAW.

Demi Islam, dakwah dan ummat ini, PAS sanggup berbaik dengan siapa sahaja yang dilihat mampu membantu PAS menguatkan Islam.

Biarlah PAS kehulu kehilir, kekiri dan kekanan.

Bertemu siapa sahaja tokoh-tokoh politik Muslim atau kafir hatta kalau ada pemimpin parti yahudi di Malaysia ini PAS sanggup bertemu mereka jika itu memberi keuntungan kepada Islam, Ummat dan negara ini.

Jadi kepada mereka yang menuduh PAS yang mengetuk pintu setiap rumah itu sebagai pelacur bertaubatlah segera.

Sebenarnya kami PENDAKWAH yang rindukan kemenangan Islam. yang cintakan terbangunnya kekuatan Melayu Muslim di negara ini.

Yang tidak mahu melihat ummat ini sekali lagi dijajah oleh bangsa kuffar yang akan membunuh agama, institusi raja-raya Melayu, bangsa Melayu dan tanah air ini.

Untuk Islam PAS bersedia berbaik dengan siapa sahaja dan sanggup berdepan dengan siapa sahaja.

Dibawah sana ahli-ahli PAS yang sentiasa walak kepada pimpinan dan jamaah. mereka akan melangkah sederap dengan pimpinan demi cintakan perjuangan ini.

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Maksudnya: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Ustaz Mokhtar Senik

Politik