Sebelum Pakatan Harapan (PH) menempa kejayaan ke Putrajaya dan sebelum adanya nama ‘Pakatan Harapan’ itu sendiri, antara yang menjadi sasaran kebencian dan fitnah adalah Presiden PAS.
Dari isu 90 juta hingga isu ‘unity government (UG)’ sehingga rakyat menjadi terkeliru dengan umpan fitnah yang ditaburkan bahkan mana-mana pimpinan PAS yang bersangkutan dengan beliau turut terkena tempiasnya.. _(baca anak Presiden PAS ada motor berkuasa tinggi).
Segala momokan abang besar PH ditelan dan dihadam bulat-bulat oleh pengikut-pengikutnya sehinggalah ke hari ini.
Yang terkini adalah fitnah Presiden PAS berendam di dalam kolah di Masjid Rusila, Terengganu yang mana antara fitnah paling melucukan yang mana ianya telah juga diviralkan oleh pengikut PH ke seantero alam.
Setelah PH tersungkur di pintu istana, kini Perdana Menteri Malaysia ke lapan pula yang menjadi sasaran kebencian dan fitnah yang tak kunjung usai bermula dari Langkah Sheraton sampai ke saat ini.
Terang lagi bersuluh, kaedah dan strategi fitnah ini atau dengan nama lain ‘saraf’ ini masih lagi diguna pakai untuk meninju kerajaan pada hari ini seolah-olah tidak ada parti lain selain Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Wikipedia Bahasa Melayu …Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Malaysia ini.
Sesungguhnya politik murahan yang bersandarkan kebencian dan fitnah ini bukan lagi formula yang ampuh untuk meraih cinta dan kasih pengundi Malaysia terutamanya pengundi atas pagar yang mewakili majoriti pengundi di Malaysia.
Rangkaian fitnah yang dibawa oleh ‘Red Bean Army (RBA)’ kini sudah terpecah tembelangnya dan membuatkan rakyat semakin berhati-hati dan sentiasa membuat perbandingan dengan isu-isu terdahulu dan menilai kesahihan berita-berita tersebut.
Sekiranya PH dahulu benar-benar menjaga kepentingan rakyat dan tidak sewenangnya menjual kepentingan negara dan seterusnya berusaha ke arah menunaikan janji atau manifesto mereka, sudah tentu sekarang mereka masih di tampuk pemerintahan negara.
Sesungguhnya kata-kata keramat “manifesto bukan kitab suci” telah memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap rakyat marhaen di Malaysia.
Mampu Centre