PAS Untuk Semua

PAS Untuk Semua

Sepanjang tempoh 1951 hingga kini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung atau Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

PAS dikatakan telah mengalami empat jenis kepimpinan iaitu kepimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

PAS juga dikatakan telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

PAS kini dilihat sebagai pesaing utama UMNO dalam menguasai politik orang Melayu Islam di Malaysia.

Kepimpinan dan perubahan kerajaan di Kelantan,Terengganu dan Kedah setiap kali pilihanraya umum cukup membuktikan bahawa umat Melayu itu mempunyai pilihan iaitu PAS selain UMNO.

Atas keterbukaan dan sikap berjiwa besar Pimpinan dan ahli PAS, PAS juga sanggup melupakan kepentingan diri sendiri apabila wujud keperluan untuk penyatuan atau sebarang kerjasama diwujudkan dengan mana-mana parti politik yang boleh menerima dasar dan prinsip perjuangan PAS.

PAS sanggup mengenepikan kepentingan kuasa demi melihat islah, pembaharuan, reformasi untuk kebaikan ummah dan negara wujud di Malaysia.

Demi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu, menyerapkan dan mempertahankan Islam dalam pemerintahan negara.

Buktinya, sejarah memaparkan PAS telah bekerjasama dengan pelbagai parti politik, NGO dan sebagainya sejak penubuhannya dan sanggup menghentikan kerjasamanya apabila dasar, prinsip dan perjuangan PAS dicabar dan tidak dihormati.

Sejarah telah mencatatkan bahawa PAS telah menyertai beberapa parti lain membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada tahun 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

PAS pernah membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC) pada tahun 1982.

Pada 1996, PAS pernah bersama Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1989 hingga 1996.

PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada tahun 1999 bagi menuntut keadilan kepada rakyat akibat pemecatan dan kezaliman terhadap DS Anwar Ibrahim dan kezaliman pemerintahan BN dibawah Tun Mahathir waktu itu yang kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Seterusnya membentuk Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 bersama PKR dan DAP sehingga 2015.

PAS terus bekerjasama membentuk Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO pada 14 September 2019 dan terkini membentuk Perikatan Nasional pada 7 Ogos 2020 bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Parti Progresif Sabah (SAPP) dan terbaru Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima pada 11 Februari 2021 setelah memohon untuk menyertai Parti Perikatan Nasional dibuat pada tahun 2020 lalu.

Politik