Ada seorang saudara Ahli Perniagaan Malaysia yang telah beberapa tahun menjalankan perniagaan nya di sebuah otonomi administrasi khusus negara C@@na.
Satu hari beliau telah mendapati kawan kongsi nya dari C@@na telah menipunya.
Dengan rasa kesal beliau telah mengambil keputusan untuk membuat laporan Polis setelah gagal mendapatkan balik modal dan wang syarikat kongsi nya itu.
Apabila beliau menemui Pegawai Polis yang bertugas menyatakan tujuan nya.
Terkejut beliau apabila beliau pula di katakan tidak pandai berniaga kerana ditipu rakan kongsi nya itu.
Soalan nya apakah politik Malaysia hari ini persekitaran dan fahaman nya seperti yang Pegawai Polis C@@na itu pegang iaitu “kamu di tipu kerana kamu tidak pandai berniaga” yakni dalam erti kata lain, seorang Politikus tidak salah menipu atau berbohong kepada rakyat lebih-lebih lagi pengikut ahli partinya kerana yang bersalah adalah rakyat dan ahli bawahan parti tersebut.
Jika benar apa yang di laporkan di dalam medsos apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini bertanya jika klip audio percakapannya dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu nyata, adakah jenayah dilakukan?
Jawapan nya bukan jenayah yang di lakukan tetapi apakah boleh seorang pemimpin membawa watak akhlak yang boleh dipersoalkan.
Boleh kah anak-anak muda malah rakyat negara ini mengambil contoh teladan sikap yang bijak berkata-kata tetapi nyata memesongkan minda rakyat dan ahlinya sahaja kerana persoalan pokok yang di bincangkan cuba di bayangi dengan soalan tindakan atau perbuatan songsang orang atau pemimipin lain.
Dalam erti kata orang lain boleh buat kenapa aku tidak boleh.
Soalan benarkah berlaku perbualan di antara kedua Presiden parti itu.
Untuk Parti Cikgu nya tidak menjadi persoalan bercakap benar atau sebagainya mungkin untuk mereka apa jua tindakan ianya fahaman machiavelli menghalal cara, tetapi untuk sebuah Parti lagi ianya umpama penipuan betul-betul di depan batang hidung ahli bawahan nya.
Sudah sampai masanya semua ahli parti Islam Melayu Bumiputra lebih komited duduk membuat analisa sejauh ini siapa perlu di ikuti dan arah mana perlu di gerakkan.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak khilaf dalam memperkukuhkan MN dan memperkasakan PN.
Negara sedang menuju kepada pembersihan sejak beberapa bulan yang lalu dengan segala macam tangkapan dan tuduhan terhadap mereka yang dulu cukup kebal.
Memang fitrah manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan tetapi jangan.
Itulah menjadikan ianya sebagai alasan untuk memesongkan pengikut dan orang ramai.
Mari duduk bersama MN dan PN kerana tidak ada rugi nya pada ummah.
Mampu Centre