Siapa Mastermind Umno?

Siapa Mastermind Umno?

Apa yang salahnya kalau perbualan Anwar-Zahid betul?

Anwar tanya, kalau betul, apa salahnya?

Okaylah.

KALAU BETUL rakaman tu sahih, kami ahli bawahan Umno ni pun komen sikit.

Dengar balik betul-betul rakaman:

A: No, no, ok, ok. I tengok ucapan you bagus. And then you termention MT and then of courselah kita nak FINISH THE GAME tapi kalau you dah fikir, mandat tu ok lah, cuma ada kerja sikit dengan MT je lah.

B: Itu senang aje sebab dah solid dah tu.

Apa yang salahnya kalau berbual rancangan sulit dua parti di sebalik tabir?

Ada GAME yang nak diFINISHkan.

Ada ‘arahan’ kerja dari musuh kepada Presiden untuk MKT Umno.

Tak salahkan?

A: If we can get one Minister resign dulu, tapi tak ada berani seekor.

B: Penakut, penakut.

Apa yang salahnya musuh suruh MP kita resign dari kabinet, siap panggil ‘seekor’?

Apa salahnya Presiden kutuk anak buah sendiri depan musuh?

A: Mood tu dah clear, mood tu dah memang solid dah, semua berdiri dah keluarkan?

B: Betul, betul. Shahidan je go against that motion, tadi pun kena boo 5, 6 kali.

A: Ya, dengar tu dengar, follow sikit-sikit, tapi tak adalah macam hari ini, dengar subject subject subject nak analyse. Tapi ucapan pembukaan tu memang dah boleh agak dah, that is ok, then debate pun baguslah, all the Pengerusi Perhubungan bagus, Shahidan pun kena teruk.

B: (Gelak).

Apa salahnya musuh seronok bila MP Umno sendiri kena ‘boo’?

Apa salahnya Presiden tumpang gelakkan?

A: Then finally tu bagus. Yang Jazlan ni baguslah, Jazlan punya.

B: Memang kita letak dia kemudian sekali, nak sapu yang 50-50 tu, that is the purpose.

Apa salahnya sembang dengan musuh tentang percaturan MP-MP Umno, untuk ‘sapu’ MP Umno yang lain?

A: Cuma now tak habis lagi tu, kita ada sikit lagi tu, nak kena, because kalau katalah you dapat mengadap, then dia minta, maknanya kena emergency MT tu.

B: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.

A: Because once you did, because nanti I pergi mengadap, nanti you tak boleh jawab macam, macam sekarang.

B: Ok.

Apa salahnya patuh kepada arahan musuh, disuruh buat itu buat ini?

Apa salahnya tunggang MKT demi arahan musuh?

Sekarang ni rata-rata dah makin percaya rakaman tu tulen.

Anwar dah macam sahihkan.

Presiden kita sampai sudah tak buat-buat report polis.

Apa salahnya depan cakap lain, belakang deal benda lain?

Apa salahnya tipu berjuta ahli Umno?

Apa salahnya jual Umno sokong Anwar?

Muhammad Azri

Isu Semasa