Petang ini YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah,
Pengerusi JawatankuasaPembangunan Belia, Sukan Dan NGO telah bersama-sama dengan atlet e-Sports yang akan mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan SUKMA yang ke 20.
“Petang ni rasa muda sikit bila diapit oleh anak-anak muda yang begitu berbakat dalam aktiviti sukan e-Sport, kata Wan Sukairi.
Sukan e-Sports sekarang pastinya tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita malahan permainan eletronik ini juga boleh menjadi satu platform untuk menjana kewangan.
Selain itu beliau juga turut merasmikan SUKMA E-CENTER iaitu satu tempat untuk para atlit e-Sports SUKMA Terengganu mengadakan latihan.
“InsyaAllah, saya memberi jaminan bahawa pihak Kerajaan negeri Terengganu sentiasa komited untuk memberi sokongan dan membawa sukan eletronik ini ke peringkat yang lebih tinggi.












