Isu ini bagaikan sengaja diangkat.
Itu pun jangan, ramai yang mengaku sayangkan ulamak, tetapi pelik, kerana mereka menyokong dia walaupun terang ada karyanya yang menghina ulamak, pewaris nabi. Kononnya atas nama kebebasan dan kebenaran.
Begitulah apabila Allah zahirkan isi sebenar hati manusia.
Mereka dibutakan antara penghina agama dan pembina agama.
Kita boleh menipu manusia, tetapi kita tidak boleh menipu Allah.
Mengaku macam-macam, mendabik dada akulah pemegang panji Islam tulin, bagaikan dia mendapat wahyu layaknya.
Semua orang dilihat tersasar dari jalan Islam yang sebenarnya.
Anda sayang ulamak sambil memuja sosialis?
Mana mungkin minyak akan sebati walau digaul dengan air.
Ingat pesanan almarhum TGNA?
Sosialis ini adik kepada komunis.
Sampai tak dibenarkan calon sosialis bertanding di KB dahulu oleh beliau.
Mana pergi pesanan TGNA?
Ya pesanan beliau hanya dipilih-pilih sahaja diguna bagi memesongkan maksud perjuangan PAS, sebagaimana PH.
Bukankah kita sudah menyaksikannya?
Berdoalah kita semua pada setiap kali kelapangan masa, supaya hati kita yang berbolak balik ini, ditetapkan Allah pada iman dan agamaNya.
Amat tragis apabila kita tidak sedar hati kita sudah dibalikkan, lalu dengan sombong berpaling dari kebenaran, sambil menuding jari kepada orang lain, kamulah yang sesat. Nauzubillahi minzaalik.
Mana satu kamu lebih rela?
Tersalah langkah bersama ulamak kerana tersalah mereka itu berdasarkan dalil dan akan mempunyai hujah yang bakal dibentangkan di hadapan Allah nanti, daripada benar bersama golongan penentang Islam kerana benar mereka itu, langsung tidak berdalilkan al-Quran dan sunnah.
Atau adakah hujah kafir yang amanah lebih baik dari muslim yang korup, masih terpakai?
Ada nampak tak spesies sebegini di media sosial?
*Bagi yang kurang faham, “rèzak” dalam bahasa Terengganu bermaksud golongan atau sesuatu benda yang tidak dipakai.
*Gambar disiarkan bagi memaklumkan kekejian kerja tangannya dan betapa ada lagi manusia yang konon mengaku cintakan ulamak, tetapi menyokongnya.
Mohd Nasir Abdullah
27 April