Akhlak Seorang Mufti

Akhlak Seorang Mufti

Mufti WP kena hentam bertubi-tubi oleh netizen tentang isu rentas negeri untuk berhari raya.

Kawan saya bercerita kepada saya sebuah kisah seperti berikut:

Adik kepada Mufti WP bertanya khabar kepada abangnya tentang perkara itu.

Adiknya berkata, “Kesian Abey Mey (Dr. Luqman) kena hentam dengan netizen.”

Mufti WP berkata, “Biar mereka tu tengok semula video asal dan kita pakat berdoa semoga Allah berikan taufiq dan hidayah kepada netizen tu.”

Perhatikan akhlak Mufti WP dalam perkara ini.

Beliau menyarankan agar netizen merujuk kembali video asal supaya dapat memahami perkara sebenar yang beliau sampaikan.

Beliau juga tidak marah atau menyumpah mereka yang menghentamnya.

Sebaliknya beliau berdoa agar mereka diberi taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.

Walaupun beliau dihentam sedemikian rupa.

Namun beliau mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan kelihatan rileks dan tenang.

Sikap Mufti WP dalam perkara ini perlu kita jadikan teladan.

Jika ada orang melempar batu tetapi kita membalasnya dengan senyuman!

Dr. Abdél Rahmanov

3 Mei 2021

Isu Semasa