Apabila Orang Bodoh Dapat Cerita Fitnah Yang Timbul

Apabila Orang Bodoh Dapat Cerita Fitnah Yang Timbul

Ada orang lapor, nampak lori balak bawak sebatang balak besar kat Temerloh. Ni semua orang tahu.

Orang kata ni mesti balak dari Pahang.

Lepas tu orang mula tanya dari mana datang balak besar sangat ni?

Sebatang jer satu lori. Mesti teroka kawasan haram. Tuduh dia orang.

Lori tu pun kena tahan.

Pihak berkuasa periksa, tengok surat.

Eh, surat tu betul dan ada kelulusan.

Rupanya balak besar tu dari Terengganu, bukan dari Pahang.

Bising pulak orang kata balak haram dari Terengganu, padahal dah ada surat tu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu sahkan, kata betul dah tu, balak tu halal, kawasan dah lulus 2017 lagi.

Orang Umno senyap sebab masa tu dia lagi perintah.

Tapi ada jugak bunyi sikit lagi.

Orang dia buat-buat tanya lagi, dah sebab apa tebang jugak sekarang?

Hentikanlah lesen tu, sekarangkan dah 2021.

Pejabat Hutan kata, ambik masa nak lulus, bukan lulus harini esok tebang selalu.

Nak kena ukur juga kawasan semua tu.

Exco pulak jawab, kalau tarik lesen tanpa sebab, nanti kena saman.

Syarikat tu tak buat salah biarlah zaman Umno yang luluspun kita tak akan sekat sebab kelulusan ikut peraturan.

Sampai sini, isunya cukup mudah, straight forward, orang bincang balak tu saiz besar daripada saiz biasa, sebatang dia jer atas lori.

Ia mungkin dari kawasan haram, tapi bukan, balak tu ada lesen sah untuk dikeluarkan.

Kau orang semua boleh fahamkan?

Mudah jer tu, Umno pun dah senyap dah faham.

Eh, datanglah Pan, nak masuk campur jugak dia, konon tahulah pasal balak, bijaklah dia rasa dia tu.

Dah dapat kat Pan, tahu dia kata apa?

Dia kata Kerajaan PAS Terengganu bagi kelulusan tebang pokok cengal besar yang pegang rekod Guiness kat Hulu Dungun umur seribu tahun lebih tu.

Kawasan balak besar yang diberi lesen membalak tu ialah dari kompartmen 80, Hutan Simpan Sungai Nipah.

Lepas tu ada orang letak dalam gambar pokok cengal besar yang Pan kata kena tebang tu, duduk dalam kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun.

Antara balak besar dengan cengal besar, Pan dah tak tahu nak beza, kompartmen 5 dia kira sama dengan 80, Sungai Nipah tu dia ingat sekali dengan Pasir Raja.

Mungkin sebab dua-dua ada perkataan besar, dia kira sama.

Tengoklah berapa besar dia punya bangang.

Pan ni, ada dua kriteria jer, satu lawak, satu lagi bodoh.

Kadang kala bila dia orang melawak, memang lawak betul, ketawa jer kita tengok dia.

Kadang tu dia jadi bodoh, sian jugak kita perhati, macam masa dia kena marah kat DAP.

Tapi biasa dia orang gabungkan keduanya sekali, jadi lawak bodoh.

Itulah dua keistimewaan dan kuali-ti yang Pan ada.

Mohd Nasir Abdullah
26 Mei 2021

Isu Semasa