Berhubung dengan tularnya dua surat dimedia sosial hari ini memaparkan dua salinan surat pengesahan pendaftaran syarikat arak, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad dan Heneiken Malaysia Berhad yang mengesahkan terdaftar di dalam sistem MITI – Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) dengan kedua surat yang bertarikh 30 Mei 2021.
Jika surat yang beredar itu sahih maka dua syarikat arak terkemuka dunia itu menjadi antara syarikat terawal yang mendapat kebenaran beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Surat tersebut juga memaparkan Bar Kod yang tertulis PKP 3.0 dibawah dengan isi kandungan surat itu menyebut bahawa syarikat arak tersebut dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0 dengan mematuhi keperluan SOP am dan sektor pembuatan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.
Dalam suasana kita baru menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan dan dalam suasana Umat Islam baru sahaja merayakan Hari raya Aidil Fitri, kelulusan dari MITI ini adalah satu episode hitam bagi umat islam di Malaysia.
UMMAH beranggapan kelulusan ini langsung tidak mengambil kira sesitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Harapan besar yang mahu dilihat oleh umat Islam bila Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah untuk melihat syiar Islam lebih terserlah .
Sehubungan itu UMMAH menuntut penjelasan segera dari Menteri yang menjaga MITI dan mendesak supaya kedua kelulusan dari MITI tersebut dibatal dan ditarik dengan segera.
Sesungguhnya kilang arak bukanlah “esential services” seperti kilang air mineral water yang memerlukan kebenaran beroperasi selama PKP 3.0.
Arak juga bukan keperluan utama rakyat dalam suasana pandemik covid 19 sekarang.
Sedangkan banyak kilang yang mengeluarkan minuman yang halal tidak dibenarkan beroperasi kenapakah kilang arak yang boleh menyebabkan peminumnya telah terbukti melakukan berbagai kesalahan jenayah yang lain boleh dibenarkan beroperasi?
Ayuh nyatakan bantahan anda bersama #bantahkilangarak dan sebarkan.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah- UMMAH