Mudharat Kecil Dan Mudharat Besar

Mudharat Kecil Dan Mudharat Besar

Dalam Islam, andai ada 2 perkara tak elok berlaku dan kita di minta untuk memilih, maka pilih la yang membawa mudharat lebih kecil.

Ini yang selalu di praktikkan dalam PAS.

Dalam apa jua keputusan yang PAS lakukan….pengiraan mudharat itu akan di ambil kira dan pilihan PAS pastinya yang membawa mudharat yang lebih kecil.

Dunia realiti sekarang, kejahatan ada di mana mana.

Untuk mendiam kan diri kerana tak mau terpalit dengan kejahatan, boleh mengakibatkan kejahatan yang lebih besar lagi.

Maka perlu juga memilih kejahatan yang sedikit demi mengelakkan kejahatan yang lebih parah.

Di samping berusaha dan berikhtiar melakukan apa sahaja untuk membetulkan kejahatan yang kecil tersebut agar terus lenyap.

Allah takkan tanya samada usaha kita itu membuahkan hasil atau tidak kerana yang menentukan hasil tersebut adalah Allah.

Cuma Allah akan tanya….apa kah usaha yang telah kita lakukan untuk membaiki segala keburukan tersebut.

Dalam kehidupan ini bukan semua benda akan berligar mengikut apa yang kita mahukan.

Ada perkara, sebelum kita boleh mendapat kat gred A, kita kena melalui gred C dan B dahulu.

Ini yang di maksudkan dengan usaha dan ikhtiar.

Ya…kalau boleh semua nak gred A kan namun kalau kena memilih gred C dahulu demi untuk menuju ke gred A, itu la yang kena kita lakukan.

Memilih mudharat yang kecil untuk kita ikhtiar dan usaha kan menjadi lebih baik.

Islam ini mudah, tetapi kita jangan ambik mudah.

Berkata itu mudah namun untuk melaksana kan nya bukan semudah kata kata.

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

“𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐫𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧. (𝐊𝐚𝐫𝐞𝐧𝐚) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐥𝐚𝐤𝐢-𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 (𝐩𝐮𝐧) 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐫𝐮𝐧𝐢𝐚-𝐍𝐲𝐚. 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡, 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮”.

(𝐀𝐧 𝐍𝐢𝐬𝐚 [𝟒] : 𝟑𝟐)

Dari ayat tersebut banyak hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil darinya.

Salah satunya adalah sesungguhnya karunia Allah akan datang kepada mereka yang senatiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam berikhtiar.

Mari kita sama-sama berikhtiar untuk melenyapkan virus corona ini dari mukabumi Malaysia ini.

Pemimpin berikhtiar dengan cara pimpinan mereka dan rakyat berikhtiar dengan cara rakyat.

Dalam apa juga ikhtiar kita, pilih la mudharat yang lebih kecil dari segala mudharat yang ada.

Kerongsang Perak

Politik