Ada orang tanya aku, apa komen pasal penulisan anak MB Terengganu.
Aku tarik nafas dalam-dalam, aku jawab, aku agak setuju dengan apa yang didedahkan oleh beliau.
Boleh dilihat dari penulisan itu betapa strugglenya menjadi orang politik.
Ok aku betulkan sikit, betapa sukarnya menjadi orang politik yang baik dalam sistem dan suasana tak baik.
Hingga ada mereka yang korup asyik datang rumah dan menekan orang politik supaya menjadi korup seperti mereka.
Jika tidak ikut, diadakan isu macam-macam untuk menekan orang politik.
Disebutkan juga bagaimana mereka yang mahu skip giliran permohonan projek membuat gangguan kepada anak-anak dan orang politik.
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan rapat dengan orang politik dan anak beranak orang politik untuk dapatkan sesuatu.
Yang tetiba mengaku jadi kawan dan keluarga pun ramai.
Bila tidak ikut?
Pelbagai isu dan fitnah dilemparkan, cubaan luar untuk pecahkan kesatuan dalam parti pun dikumandangkan.
Ini semua kerja yang mereka gelarkan dengan nama “rakyat” itu.
Sebab itu ramai yang tak nak dikenali sebagai sebahagian atau dikaitkan dengan ahli politik.
Kalau orang tahu kita ini anak atau pegawai ahli politik.
Hmmm. Bila tak layan?
Habis dibuat cerita, sombong dah dia tu sejak jadi pegawai orang politik.
Walhal kita tak mahu terlibat.
Yang duk bawah pun sambutlah.
Itulah ujian kemenangan kata mereka, walhal yang didengari itu semua adalah rekaan dari mereka yang marah kita tak ikut gaya mereka.
Kita yang duk dalam politik ini kalau sebut benda-benda gini.
Orang akan kata letak jawatanlah kalau tak boleh hadap.
Jadi elok jugak bukan orang politik sebut.
Ini real bang.
Macam kita tengok dalam movie-movie dah, contohnya Designated Survivor (US) atau Designated Survivor 60 Days (Korea).
Memilih untuk terus menjadi ahli politik yang bersih atau jadi seperti biasa, ahli politik yang so-called ahli politik.
Boleh tengok di Netflix, boring-boring dalam lockdown nie.
Ok balik pada isu kita.
Benda-benda alah yang menjahanamkan ini tidak pula dihighlight.
Yang dihighlight adalah hal-hal sampingan dan diambil secara separuh masak untuk lunaskan nafsu politik.
Bagi aku tulis itu telah memberikan red flag kepada sebahagian “rakyat” mahupun sebahagian “ahli politik” yang sampah.
Aku fikir dia tak maksudkan semua.
Sudah lah kita tak ramai orang politik yang baik.
Yang baik ini pula sering mahu dirosakkan.
Setakat ini.
Lebih mengecewakan yang duk serang nie, orang yang kononnya memperjuangkan politik bersih.
Bersih kepala lutut kau.
Begitulah, komen ringkas saya.
Ahmad Fahmi Mokhtar