Proses pengebumian jenazah yang merupakan janin bayi (meninggal dalam kandungan ibu) di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
Pengebumian diuruskan secara bersama oleh pelbagai agensi kerajaan yang terdiri daripada wakil komuniti kampung, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Polis Terengganu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu dan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu.
Ibu beserta kandungan telah disahkan positif Covid-19 namun janin bayi tidak dapat diselamatkan manakala si ibu masih mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Pihak jabatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pesakit.
Kredit gambar: Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu

