Sirnakah Segala Dosa Najib Sejak Bersuara Bagi Pihak Pembangkang?

Sirnakah Segala Dosa Najib Sejak Bersuara Bagi Pihak Pembangkang?

Tak salah DS Najib menyuarakan kepentingan rakyat. Ini peluang Najib.

Beliau tak pernah merasa untuk jadi pembangkang sebelum ini.

Dan kini melalui ucapan dan coretannya di medsos, beliau kelihatan teruja untuk bercakap bagi pihak pembangkang meskipun rakan-rakan UMNO-nya adalah tonggak kerajaan. Aneh bukan?

Apakah DS Najib rasa selamat dengan jajaran baru?

Maklumlah, pemimpin PN tak ‘membantunya’ dalam kemelut yang dihadapinya sekarang.

Sedarkah Najib bahawa jolokan ‘kluster mahkamah’ adalah hasil usaha pemimpin PH semasa menjadi kerajaan 22 bulan?

Siapakah yang memalitkan najis 1MDB ke mukanya?

Siapakah yang menjaja hasil mahsul barang kemas Rosmah kalau tidak para soldadu yang nak dijadikan rakan jajaran baru sekarang?

Apakah DS Najib tak nak memandang ke belakang?

Akhir-akhir ini ada saja yang tak kena bagi Najib.

Kalau PM Muhyiddin beri betis, Najib suarakan peha.

Kerajaan PN menawarkan intan, Najib kata sepatutnya berlian.

Macam-macam usaha kerajaan PN lakukan dalam menghadapi pandemik, namun hati Najib tak pernah puas berdendang sayang.

Beliau fikirkan sokongan rakyat perlu kembali kepadanya.

Anak-anak muda nampak terpesona dengan trollnya.

Hingga terlupa siapakah Najib sebelumnya.

Percayalah, troll Najib akan mengembalikan ingatan rakyat ke sejarah kuasanya.

Peperangan belum bermula.

Najib masih bersama UMNO.

UMNO masih bersama PAS dalam Muafakat Nasional.

Walaupun kluster mahkamah semakin jelas menyuarakan jajaran baru selepas PRU15, namun PAS tidak melenting dan terburu-buru. PAS berusaha menyelamatkan MN ke hujung nyawa.

Perpaduan ummah adalah agenda utama.

Apa guna berpolitik sekiranya ummah bercempera?

Menjadi laluan para dajjal kembali ke tampuk kuasa.

PAS belum terfikir untuk melepaskan walau sebutir peluru.

Saat mana PAS mula diserang bertalu-talu.

Dari kem rakan yang diikat piagam, apalagi seteru.

Menteri-Menteri PAS terus bekerja menggerakkan kementerian masing-masing.

Buat kerja tak bising-bising.

Gaji dan elaun disumbangkan untuk Dana Covid19 dan Tabung Kemanusiaan Palestin.

Tiada satu kebaikan PAS di mata pemfitnah yang zalim.

Demikianlah PAS mutakhir ini.

Kawan dan lawan menyerang ketika PAS sibuk menguruskan kebajikan rakyat dan menyampaikan sumbangan.

Bukan lagi PH, malah Najib menyindir yang bukan-bukan.

Sejauh manakah rakyat terpesona dan termakan?

Nekadkah sudah, bapak sendiri bermain api dari bisa lagu yang dinyanyikan?

Sirnakah segala dosa Najib sejak bersuara bagi pihak pembangkang?

MAMPU CENTRE

Isu Semasa