Jom dengar apa kata Dr. Mala.
Bila dengar video ni ada berbagai rasa dalam dada ni.
Tapi paling banyak, nak tergelak laa..
Adoiii, betul jugak kata Dr. Mala.
Sapa suruh percaya dengan kata-kata sebegitu.
Soal mati ni soal ajal yang hanya Allah sahaja yang tahu bila kejadiannya.
Kalau tak ambik vaksin pun, usah kata 2 tahun, esok lusa pun boleh mati sekiranya sudah ajal.
Sakit, sesak nafas, jatuh dalam bilik air, kemalangan, semuanya berkemungkinan.
Kenapa yang takut ambik vaksin sebab takut mati.
Weiii…..tak faham laaa.
Cuma apa yang penulis tahu dan pasti, banyak negara sudah boleh kembali kepada kehidupan biasa asbab ramainya rakyat mereka telah di vaksin.
Mungkin virus ini tak akan mungkin boleh pupus dari muka bumi ini tetapi kita boleh kembali kepada kehidupan seperti dahulu sekiranya ada usaha untuk mengekang dari jangkitan virus ini.
Salah satu cara untuk mengekangnya ialah bila semua rakyat atau sekurang kurangnya 80% rakyat yang sudah di vaksin.
Usah la dengar kata-kata mengarut dari mana-mana orang yang entah apa-apa kelulusan itu.
Ramai doktor telah beritahu betapa pentingnya usaha untuk mengekang pendemic ini dengan bervaksin.
Ikut aje la cakap orang yang pakar.
Yang pergi dengar cakap entah sapa sapa tu…..sapa suruh.
Ramai dah rakyat Malaysia yang di vaksin dan ramai juga yang telah meninggal samada dah vaksin atau tidak.
Dah ajal mereka…maka meninggal la.
Asbab kematian berbagai.
Covid la, sakit barah la, demam denggi la, mati dalam tidur dan berbagai lagi asbab kematian.
Jadi, kenapa nak takut mati. Sampai masanya, semua orang akan mati.
Yang perlu kita takut, adakah bekalan untuk kematian itu.
Kita dah siap kan ke, yang sebaiknya.
Jangan asyik nak jaja cerita yang bukan-bukan.
Takut jatuh fitnah, jariah dosa yang kita bawa ke liang lahat dan terus ke masyar nanti.
Nauzubillahhiminzalik. Semoga dijauh kan.
Kerongsang Perak
Mampu Centre