Kepentingan Peribadi Diutamakan, Kepentingan Golongan Terkesan Dikemudiankan?

Kepentingan Peribadi Diutamakan, Kepentingan Golongan Terkesan Dikemudiankan?

Kelulusan kadangkala tak mengambarkan kecemerlangan pemikiran seseorang, walaupun tak dinafikan kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

Namun, kadangkala pemikiran kritis dan cemerlang boleh lahir dari pengalaman atau pemerhatian.

Sungguh mengecewakan apabila seorang yang berkelulusan Phd melahirkan komentar serta idea yang jauh terkebelakang.

Samada sengaja, dah sampai limit tahap berfikir atau kejahatan minda, lalu memutarbelitkan fakta.

Rasanya dah jelas penerangan Menteri Kewangan bahawa jika dipaksakan bank untuk laksanakan moratorium menyeluruh, kerajaan akan berdepan dengan masalah pampasan kepada bank.

Jelas juga pandangan Menteri Kewangan iaitu lebih baik jumlah pampasan tersebut tidak diberikan kepada bank, tapi digunakan untuk bantu rakyat.

Alasan pemilik Phd iaitu bankrap, buang kerja, tutup perniagaan dan kerugian besar kepada peniaga tanpa menyelitkan statistik serta fakta sekadar cakap-cakap warung kopi yang berniat jahat yang tak sepatutnya keluar dari mulut mereka yang berpendidikan tinggi.

Untuk apa dengan segaja membangkitkan kemarahan rakyat tanpa fakta dan dapatan.

Bukankah ia dengan mudah ditebak niat jahat yang wujud disitu.

Aku pasti sebelum buat keputusan, Menteri Kewangan dah melakukan kajian serta mempunyai statistik atau dapatan yang mencukupi sebagai asas membuat keputusan.

Bukankah sektor perkilangan, IKS atau apa jua sektor telah dibantu dengan subsidi upah, pinjaman mudah serta pelbagai insentif lain seperti rebat dan pengecualian cukai?

Takkan la dengan tiada moratorium sepenuhnya, kilang boleh bankrap sedangkan masih ada moratorium bersasar.

Apa yang diperolehi pengusaha sekarang sebenarnya memang dah lebih mencukupi untuk terus bertahan.

Jangan pula pemilik Phd ni risau pengusaha tiada untung sedangkan satu dunia tahu bahawa segala perusahan menghadapi masalah yang sama.

Pada asasnya kerajaan perlu membantu mereka yang bekerja sendiri kerana majoriti mereka ini lah yang paling teruk terjejas.

Kenapa pemilik Phd ini hanya risaukan pemilik perusahaan, kakitangan yang bergaji tetap tapi tidak kedengaran pula pembelaan terhadap pesara, pekerja sendiri, peniaga warung, tukang kampung, nelayan, petani yang kebanyakannya tiada hutang, tapi pendapatan teruk terjejas.

Mereka ni juga membentuk majoriti rakyat yang hampir sama banyaknya dengan pekerja perusahan.

Kegairahan menghentam akhirnya membuka pekung kepentingan peribadi lebih diutamakan.

MAMPU CENTRE

Baca Penjelasan Menteri Kewangan di SINI

Ekonomi