Maaf Kerana Tidak Bersetuju

Maaf Kerana Tidak Bersetuju

Hari ini dalam satu kiriman di Facebooknya, Ulasan membuat satu dialog antara JKOM dan Rakyat.

Dalam lamannya beliau boleh katakan apa sahaja.

Tetapi saya amat tertarik dengan komen yang ditulis oleh Saudara Aiman Razali:

Apek, maaf kerana tidak bersetuju, walaupun saya mengagumi Apek sebagai seorang patriot, tapi dalam isu ni saya tak rasa Barisan Nasional (BN) tu hebat sangat dan saya tak rasa tindakan-tindakan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan teruk sangat.

Saya tak peduli isu bawahan macam pemuda parti bunga ke apa, tapi sebagai rakyat kebanyakan kami ni bagi perhatian isu yang secara langsung terkesan kepada kami.

Dulu masa saya belajar di universiti, saya sokong banyak rancangan Dato’ Seri Najib untuk negara kerana saya membaca kedua-dua cause I read both perspektif, pembangkang dan kerajaan.

Dan sejujurnya pada masa itu, pembangkang banyak menaikkan isu sentimen, BN masa itu sebagai kerajaan bagi penjelasan.

Orang-orang rational akan baca, terutama mereka yang macam saya masa tu yang tak rasa kesusahan ramai rakyat.

Tapi bila saya masuk kerja, saya faham kenapa ramai gila rakyat tolak DSN, dalam kes saya sebagai salah seorang yang bekerja di sektor kesihatan, kami terjejas oleh sistem kontrak yang bermula pada waktu DS Najib, tanyalah doktor-doktor pasal isu ni.

Masalah lain yang berkaitan secara peribadi dengan saya ialah skim pelajar cemerlang di bawah mara yang diubah pada masa zaman DSN, dari tahun sebelum-sebelumnya yang mana pelajar-pelajar cemerlang di bawah MARA perlu bayar 1% diubah untuk bayar 20%.

Dalam kes saya, saya perlu membayar hampir 70k, dan jumlah tersebut terlalu banyak untuk orang biasa macam saya.

Rakyat sebenarnyakan Apek, secara amnya, memang akan ada isu agama dann kaum, tapi lepas dua isu tu dah selesai, rakyat lebih tengok mana yang memudahkan hidup mereka.

Secara peribadi saya sekarang tak kisah pun siapa pun kerajaan antara PN atau BN atau MN, yang penting jaga kebajikan rakyat je Apek.

Ini adalah keprihatinan rakyat, apa yang Apek sebut tu jujurnya bukan perhatian majoriti.

Ini pendapat peribadi saya lah, tidak menyalahkan sesiapa termasuk DSN, Allah tahu isi hati manusia, kita cuma sebut apa yang zahir.

Isu Semasa