“MB TERENGGANU TERGUGAT,” Laporan Polis Dilakukan

“MB TERENGGANU TERGUGAT,” Laporan Polis Dilakukan

KENYATAAN REPORT POLIS

Muhyiddin Bin Abdul Rashid
Setiausaha Politik kepada
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Bahawa saya pada 8hb Jun 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi telah membaca satu artikel yang disiarkan melalui Malaysia dateline.com bertarikh 8hb Jun 2021 bertajuk “MB TERENGGANU TERGUGAT, BORANG AKUJANJI BERKANUN KINI TERSEBAR”.

Antara kandungan laporan berita yang disiarkan oleh Malaysia Dateline.com ialah:

“kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak Istana dan juga usaha lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

“Satu borang “Surat Akuan Berkanun” sudah disediakan untuk membolehkan Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Datul Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar.

“Di sini dilampirkan salinan laporan berita tersebut bersama dengan laporan polis ini yang menerangkan maksudnya yang tersendiri.

Saya mendapati kandungan berita sebagaimana dilaporkan oleh Malaysia dateline.com adalah bersifat fitnah, tidak benar, tidak betul dan berniat jahat terhadap kredibiliti YAB Menteri Besar Terengganu sebagaimana berikut:

(a) YAB Menteri Terengganu telah hilang sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu daripada Parti Islam SeMalaysia, parti yang menguasai kerajaan;

(b) YAB Menteri Besar telah tidak mengurus dan mentadbir negeri sepanjang tempoh pengisytiharaan darurat dengan baik dan tidak mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat di sepanjang musibah penyakit covid 19;

(c) bahawa adanya usaha-usaha untuk menjatuhkan YAB Meteri Besar Terengganu daripada seorang Ahli Parlimen PAS.

Saya berkepercayaan penuh bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan dalam keadaan kerajaan negeri dan rakyat sedang menghadapi ancaman bahaya virus covid 19.

Saya berkepercayaan penuh bahawa ada pihak yang mahu menimbulkan keresahan, kekalutan dan huru hara di kalangan rakyat dengan membuat hasutan seumpama ini bertujuan membina prasangka buruk bagi menimbulkan kebencian yang memuncak di kalangan rakyat terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Oleh kerana itu saya membuat laporan polis ini bertujuan untuk pihak berkuasa keselamatan membuka kertas siasatan atas laporan yang disiarkan oleh Malaysia Dateline.com dan siasatan penuh sumber berita yang dipetik oleh Malaysia Dateline.com di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1970 dan Ordinance Proclaimation of Emergency 2021 bagi menyekat perbuatan fitnah berterusan dalam negeri ini.

Haji Muhyiddin bin Abdul Rashid

Isu Semasa Terengganu