Bila saya terbaca je tajuk berita diatas, terus saya ketawa sampai keluar air mata.
Memang sah kerja ni saraf musuh politik PAS Terengganu sama ada dari PAN atau sebahagian orang UMNO.
Sebab apa saya jawab begitu?
Kerana hanya bukan ahli PAS sahaja yang akan timbulkan isu bodoh dan tak matang macam ni.
Sebab mereka tak pernah duduk dalam lingkungan keluarga ahli PAS yang harmoni.
Apa hujahnya?
Rata-rata semua ahli PAS seluruh Dunia tahu yang Dr Samsuri adalah MB yang dipilih sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS.
Selain kelayakan yang sememangnya ada pada beliau yang dicemburui oleh lawan.
Jadi bila sesuatu keputusan tu sudah diputuskan oleh pemimpin biasanya orang PAS akan taat kepadanya.
Apatah lagi yang melantik itu Presiden PAS sendiri kan.
Yang kedua, siapa pimpinan PAS yang ingin menggantikan Dr Sam sebagai MB?
Ahli PAS dari peringkat bawahan sampai pimpinan peringkat pusat memang dididik untuk tidak mengejar jawatan kerana jawatan itu amanah bukan kemegahan seperti yang diamalkan oleh parti politik lain.
Sebab tu semua ahli PAS takut memegang jawatan melainkan ianya adalah lantikan dan arahan dari pemimpin sendiri.
Itupun ada yang tolak bermati-matian tau.
Dalam PAS sesiapa yang meminta jadi pimpinan memang akan ditolak oleh ahli PAS.
Ahli PAS akan tahu budaya ini dalam PAS memang subur.
Yang tak tahu, mereka bukan ahli PAS.
Dr Samsuri pun adalah Naib Presiden PAS.
Dengan kata lainnya beliau adalah orang ke-4 tertinggi dalam hierarki kepimpinan PAS di Pusat.
Jadi, atas sebab yang mana lagi kepimpinan PAS nak jatuhkan beliau sebagai MB?
Saya sebenarnya faham, pihak lawan akan selalu serang kerajaan PAS melalui saraf, tapi nasihat saya biarlah nampak cerdik sikit.
Saraf macam ni dahla nampak bodoh kat dunia, kat akhirat kena siksa sebab memfitnah. Tak takut ke?
Orang PAS ada didikan tertentu.
Kami ada usrah, tamrin, liqa fikri, liqa siasi, mukhayam, hiwar, muktamar dan banyak lagi.
Jadi ahli PAS bukan macam ahli parti lain, kami ada izzah parti kami sendiri.
Rakyat pon dah cerdik untuk menilai, angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba pokok bergoyang, kuat betul ‘beruk’ ogeh, rajin pulak tu…
Irsyad Syafiq