Sedutan Pencerahan:
Saudara-saudari, kerajaan pada hari ini telah pun mempunyai mekanisma yang bersesuaian untuk mengurus darurat, iaitu satu bentuk Darurat Kesihatan, bukan Darurat Keselamatan.
Gesaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah badan yang berkuasa MUTLAK seperti MAGERAN bukanlah satu langkah yang sesuai.
Ini adalah satu langkah terkebelakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan, segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya, untuk memulihkan negara dari krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini.
Kita memang berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Apabila hampir ke semua penduduk negara kita telah menerima vaksin, dan kita telah mencapai “herd immunity”, di jangka sebelum akhir tahun ini, Insya Allah, sektor-sektor ekonomi dan sosial akan di buka semula.
Kita akan lebih selamat daripada jangkitan Covid-19.
Pada ketika itu, saya percaya aktiviti politik, dan proses demokrasi juga boleh berlangsung dengan lebih rancak.
We will be seeing a more vibrant political and democratic process.
Bukan sahaja nak adakan sidang parlimen, nak adakan pilihanraya pun boleh.
Jadi buat masa ini, kita tumpukan dahulu usaha kita untuk mengatasi masalah Covid-19.
Dengan proses vaksinasi yang sedang giat berjalan dan PKP yang sedang berkuatkuasa, saya percaya kita memerlukan sedikit sahaja masa untuk keluar daripada krisis yang membelenggu kita pada masa ini.
Sabar, stay at home, Insya Allah, kita akan menang.
Datuk Dr Marzuki Mohamad
Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia