Ugut Sokmo

Ugut Sokmo

Bencilah dia orang ni. Sikit-sikit ugut, sikit-sikit ugut.

Dulu masa dia orang berkelahi dengan Sultan Perak pasal nak lantik MB Perak, tahun 1974-1977, PAS takde pun nak ugut keluar keluar dari Kerajaan Perikatan Perak kan?

Masa geng-geng dia ada masalah, berbalah dengan Sultan Kelantan tu, tak apalah sebab masa tu PAS tak sama dengan dia orang.

Masa dia orang buang imuniti raja-raja awal 90-an dulu, PAS tak sekali dengan dia orang, OK lah.

Yang Sultan Selangor murka sampai almarhum takut kena duduk Pulau Ketam pun, masa tu bukan kerajaan PR.

PAS takleh nak ugut keluar kerajaan sebab bukan kerajaan sekali dengan dia.

Yang masa geng-geng ayah dia, masa nak lantik MB Terengganu kata kat Tuanku Sultan Terengganu ‘NATANG’ pun, masa tu PAS kalah PRU, takde kerjasama pun dengan dia orang.

Takde hal lah, PAS takleh cakap apa-apalah.

Ni, baru jer sebut kata YDPA tak spesifikkan masa buka Parlimen, tak tahu lagi bila, terus jadi derhaka, langsung ajak keluar Kerajaan PN.

Teruk betullah. Mentang-mentang nama dia Tengku kat depan.

Nak masuk “Kerajaan PH Baru” ke Dik Pih?

Mohd Nasir Abdullah

Isu Semasa