Kenapa Mereka Semua Tinggalkan Anwar Ibrahim, Kecuali…

Kenapa Mereka Semua Tinggalkan Anwar Ibrahim, Kecuali…

Kenapa mereka semua tinggalkan Anwar Ibrahim?

“… Perlembagaan parti yang digubal sendiripun dia (Anwar Ibrahim) tidak hormati, bayangkanlah kerosakan kepada negara sekiranya individu ini menjadi Perdana Menteri.” – Dato’ Seri Mohd Azmin Bin Haji Ali. Bekas Timbalan Presiden PKR.

“Saya memuktamadkan pendirian saya bahawa Anwar adalah sosok yang sangat bermasalah kepada umat, bangsa dan negara dari pelbagai sudut.” – Dr. Yusri Mohamad. Bekas Presiden ABIM.

“Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah dan negara semata-mata memenuhi cita-citanya menjadi seorang Perdana Menteri.” – Annuar Shaari. Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim.

“Pengalaman bersama Anwar buat saya celik mata, sedar siapa beliau sebenarnya. Ini soal Islam.” – Mohammad Fairus Khairuddin. Bekas Timbalan Ketua Meneri Pulau Pinang.

“Negara akan huru-hara jika Anwar berkuasa.” – Saidatul Badru Said Keruak. Bekas Naib Presiden PKR.

“Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk parti. Saya tidak benarkannya. Ia duit rakyat.” – Tan Sri Khalid Ibrahim. Bekas Menteri Besar Selangor.

“Dia sangat gilakan kuasa. Dia hanya pedulikan agenda peribadi, iaitu ke Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.” – Datuk Seri Zarain Hashim. Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Saya diarahkan Anwar untuk reka bukti palsu bagi mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya…” – Dato’ Zulkifli Nordin. Bekas Peguam Anwar & MP PKR Kulim-Bandar Baharu.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.” – Ustaz Ismail Mina. Pengasas bersama Abim.

“Tiga sebab saya tinggalkan Anwar: Masaalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta sesuatu tidak kena pada integritinya.” Datuk Prof. Dr. Sidek Baba. Bekas Naib Presiden ABIM.

“Lelaki ini adalah masalahnya. Seseorang yang ingin menakluki Putrajaya tetapi gagal…” Dr. Chandra Muzaffar. Bekas Timbalan Presiden Keadilan.

Kecuali

“You tahu siapa cikgu sayakan?” Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO.

Isu Semasa