Apabila YAB Tan Sr Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia menyebut bahawa ‘kita tidak menerima Vaksin sepertimana ditempah’, beliau sebenarnya merujuk kepada masalah penghantaran vaksin oleh pengilang ke Malaysia.
Bukan bermaksud kita beli tapi vaksin tak dapat.
Penghantara bekalan vaksin terganggu di seluruh dunia.
Kita boleh laksanakan 400 ribu suntikan sehari dengan persiapan yang telah dibuat.
Tetapi tertakluk kepada bekalan Vaksin tiba adakah mengikut jadual penghantaran atau tidak.
Misalnya pada Februari 2021 ketika kita nak mulakan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, Kesatuan Eropah telah mengumumkan sekatan eksport untuk semua produk Vaksin Covid19 dari dibawa keluar dari Eropah kerana mahu vaksin yang dikilangkan di Eropah didahulukan kepada negara Eropah.
Pfizer yang dikilangkan di Belgium dijadualkan dihantar ke Malaysia.
Kita perlu memohon pengecualian khas sekatan eksport ketika itu.
Begitu juga sekarang bila timbul varian virus Covid19 yang baru seperti Alpha, Beta dan Delta, suasana panik di kalangan negara maju yang mahu percepatkan pencapaian herd immunity di negara masing-masing menyebabkan mereka menekan pengeluar Vaksin sehingga mengganggu penghantaran bekalan vaksin ke negara lebih kecil dan mendapat Vaksin pada harga lebih murah seperti Malaysia berbanding harga yang dibayar oleh negara kaya seperti mereka.
Astrazeneca sebagai contoh sebahagiannya dikilangkan di kilang mereka di Thailand.
Apabila kilang berkenaan diperbesarkan untuk menambah kapasiti pengeluaran ekoran permintaan yang meningkat di seluruh dunia, sebahagian fasiliti kilang perlu dihentikan operasi kerana kemasukan mesin, peralatan baru yang menyebabkan jadual mereka berubah beberapa minggu.
Kadar utilisation Vaksin di Malaysia sekarang adalah purata lebih 85%, sangat tinggi.
Bermaksud program PICK dilaksanakan dengan sangat bersungguh di lapangan sehingga bekalan Vaksin yang tiba tidak menunggu lama sebelum disuntik kepada penerima.
Malaysia mula menerima lebih banyak vaksin mulai pertengahan Jun 2021 dan jika penghantaran bekalan tidak terganggu, Julai, Ogos kita boleh laksanakan 300 ribu, 400 ribu suntikan sehari.
Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri MOSTI
