Parlimen Terbubar Secara Automatik?

Parlimen Terbubar Secara Automatik?

Najib tulis satu post dengan pendapat bahawa kerajaan akan secara automatik terbubar sekiranya Parlimen tidak bersidang selepas enam bulan mengikut Perlembagaan. (1)

Esok adalah hari terakhir untuk adakan sidang Parlimen sekiranya kerajaan tak nak terbubar.

Pihak sokong Muhyiddin kata sekarang Darurat, bab Perlembagaan tu tak terpakai.

Najib pula kata YDPA telah menitah bulan Februari bahawa Parlimen memang boleh bersidang masa Darurat.

Jadi adakah Parlimen terbubar selepas akhirnya hari esok?

Jawapannya senang saja. Kerajaan akan terbubar apabila Perdana Menteri kata ianya terbubar ataupun PM hilang sokongan majoriti dan tiada pihak lain yang boleh dapat sokongan majoriti.

Sebabnya ialah Peguam Negara telah menasihatkan YDPA mengenai situasi ini dan Peguam Negara dah kata tiada keperluan adakan sesi Parlimen.

Sekiranya YDPA tak bersetuju, YDPA terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah.

Itu akan membawa lebih banyak masalah kerana YDPA yang melantik PM dan kerajaan semasa berkhidmat di atas nama YDPA.

Lebih senang YDPA melucutkan jawatan PM sediaada sekiranya pendapat mereka bercanggah dari bertengkar mengenai sama ada sesi Parlimen perlu diadakan atau tidak.

Tapi untuk melucutkan jawatan PM, perlunya ada sokongan majoriti MP dan kita balik kepada isu asal – siapa di antara MP sekarang boleh dapat sokongan majoriti?

Jadi YDPA tidak akan ada pendapat lebih mengenai isu ni sebab tiada faedah untuk bersetuju ataupun tidak bersetuju sedangkan tiada pihak lain yang boleh dijadikan PM baru.

Balik kepada pendapat Najib, kalau dia saja yang tak bersetuju, Najib boleh saja mulakan saman terhadap kerajaan bahawa Peguam Negara telah bagi nasihat salah kepada YDPA.

Kamu kena ingat ya, kalau ada pihak yang bagi nasihat salah kepada YDPA pun, sekiranya ia tidak dicabar di mahkamah, ianya akan dibuat oleh kerajaan saja.

Macam pengampunan Anwar Ibrahim, YDPA juga bagi ampun mengikut nasihat.

Dan ada orang yang kata nasihat itu salah dan Anwar Ibrahim perlu masuk balik penjara.

Kes mahkamah mengambil masa.

Kalau kerajaan kalah kes itu, maka Anwar kena pergi balik penjara la dalam masa setahun dua ni.

Bagi isu Parlimen bersidang, kalau kes mahkamah dalam masa dua tahun tidak selesai juga, Parlimen akan terbubar selepas lima tahun juga tak kira sama ada Najib saman pasal nasihat salah ni.

Ataupun mungkin masa tu Muhyiddin dapat mengisytiharkan satu lagi tempoh Darurat.

Apa-apa pun, Najib is just barking up hot air. Suka tak suka, Umno helped make the Federal Constitution the way it is now.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Najib’s Post – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157979192015952&id=157851205951
Isu Semasa