Akhir-akhir ini, cerita yang oaling laris dalam media sosial adalah menukar Perdana Menteri.
Tiada seorangpun PM yang dilantik di Malaysia diterima rakyat.
Saya tidak maksudkan majoriti rakyat, tetapi hanya golongan minoriti.
Setiap tindakan PM akan dikritik oleh bekas perdana menteri yang merasakan mereka masih yang terbaik atau oleh PM menunggu dan pengikut masing-masing.
Yang melucukan ialah para pengamal media sosial (Netizen) yang menyokong berlumba-lumba untuk share artikel mereka.
Yang peliknya yang tidak menyokongpun berlumba-lumba untuk share artikel yang sama tetapi dengan caption mengutuk.
Mereka tidak berminat untuk melawan Covid-19.
Mereka bukan sahaja tidak berterima kasih di atas apa juga bantuan yang telah kerajaan berikan kepada mereka malahan mengutuk lagi walaupun mereka orang pertama beratur di pintu bank untuk mengeluarkan BPR.
Hakikatnya, selagi tidak berlaku PRU15 selagi itulah cerita ini tidak akan habis dan segala nasihat KKM akan menjadi sia-sia.
Nasib baik Sinar harian berjaya mengadakan pilihanraya netizen dan Anwar Ibrahim berjaya menjadi perdana menteri netizen Malaysia yang pertama
Benarlah apa yang dikatakan oleh Mak Khuin Weng. Boleh di baca di bawah ini.
…………………………………………………………………………………..
Bagaimana Kebencian Terus Memilih Perdana Menteri Kita
Berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus. (1)
Orang ramai begitu benci Najib sehingga mereka sanggup menyokong Mahathir jadi Perdana Menteri semula.
Kemudian orang ramai begitu benci Mahathir, Muhyiddin pula jadi PM.
Sekarang orang ramai begitu benci Muhyiddin sehingga Anwar menjadi pilihan utama untuk menggantikan Muhyiddin.
Tapi kan, kawan Cinapek saya yang juga penyokong tegar DAP pun faham situasi macam ni tak bagus untuk Malaysia.
Dulu kawan saya akan beritahu saya mengapa Najib perlu dijatuhkan, kenapa Mahathir perlu dijatuhkan dan kenapa Muhyiddin perlu dijatuhkan juga.
Tapi apabila dia lihat Anwar adalah calon seterusnya, dia pun tak yakin nak sokong Anwar dijadikan PM.
Adakah kamu rasa Anwar adalah pilihan bijaksana?
Mungkinkah Anwar akan menjadi PM lebih baik dari Muhyiddin?
Saya berpendapat bahawa sekiranya Anwar dijadikan PM, orang ramai akan benci dia juga sepertimana Najib, Mahathir dan Muhyiddin dibenci sekarang.
Takde pilihan lain ke?
Mak Khuin Weng – マク
- Anwar pilihan utama netizen jadi Perdana Menteri ke-9 – https://www.sinarharian.com.my/…/Anwar-pilihan-utama…