Tatkala Negara Bergeluk Dengan Pandemik, Parti Politik Bergelut Dengan Perpecahan

Tatkala Negara Bergeluk Dengan Pandemik, Parti Politik Bergelut Dengan Perpecahan

Tahun 2021 menyaksikan kebanyakan parti politik terbesar di Malaysia telah berpecah tiga.

PKR yang telah berpecah dua pada tahun 2020 [1], mengalami krisis apabila beberapa orang lagi ahlinya keluar parti pada tahun 2021 [2] dan dijangka akan ada yang akan menyusul [3].

Hal ini menimbulkan tanda-tanya siapa lagi yang akan keluar selepas ini.

Seterusnya PKR dijangka akan berpecah tiga pula lantaran pendedahan Rafizi tentang wujudnya dua kumpulan yang sedang bersaing merebut kuasa dalam parti itu [4].

Perkembangan terbaru menyaksikan pertembungan makin sengit apabila pemimpin pemuda yang dilihat kuat menyokong Anwar dipecat jawatannya [5].

Lewat kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), pimpinan DAP kelihatan sudah bercanggah pendapat secara terbuka terutamanya dilemma “Chinese first or Malaysian first?” [6] [7].

DAP dilihat turut mengalami krisis perpecahan menjelang pemilihan jawatankuasa negeri pada bulan Mac 2021.

Pemilihan di Perak dikatakan kecoh lantaran dakwaan ada ‘hantu’ yang hadir dalam konvensyennya [8].

Johor pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru di mana Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berentap menentang gabungan pasukan setiausahanya, Tan Hong Pin dan bekas pemimpin DAP negeri itu, Dr Boo Cheng Hau [9].

Manakala UMNO, mereka yang pernah berpecah kepada empat kumpulan [10], kini dikatakan berpecah tiga [11].

Kelompok berkenaan terdiri daripada kumpulan yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang menerima kerjasama, dan yang berada di tengah-tengah.

Dahsyat penangan Covid-19.

Tatkala negara dan rakyat bertarung melawan pandemik, parti politik pula bergelut dengan perpecahan dalamannya.

DrPalatoa

[1] Kem Azmin keluar PKR, bentuk blok bebas parlimen

https://www.malaysiakini.com/news/512027

[2] Anwar punca keluar PKR, amal politik pecah belah, nepotisme, kronisme – Bekas MP PKR

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-punca-keluar-pkr-amal-politik-pecah-belah-nepotisme-kronisme-bekas-mp-pkr-287954

[3] Azmin beri bayangan lebih ramai keluar PKR

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1941089

[4] Rafizi dedah kartel baharu dalam PKR libatkan orang kanan Anwar

https://www.agendadaily.com/politik/rafizi-dedah-kartel-baharu-dalam-pkr-libatkan-orang-kanan-anwar

[5] Ketua AMK Selangor digugurkan serta-merta

https://www.sinarharian.com.my/article/146829/BERITA/Politik/Ketua-AMK-Selangor-digugurkan-serta-merta

[6] DAP’s dilemma – Chinese first or Malaysian first?

https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2021/04/17/daps-dilemma—chinese-first-or-malaysian-first

[7] Loke minta ahli DAP henti debat ‘tak sihat’ berhubung hala tuju parti

https://www.malaysiakini.com/news/573270

[8] Ada ‘hantu’ dalam Pusat Konvensyen Ipoh, pemilihan DAP Perak kecoh

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/pemilihan-dap-perak-kecoh-dakwaan-berlaku-penipuan/

[9] Johor DAP convention will see three factions clashing for top state leadership posts, says party insider

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/04/26/johor-dap-convention-will-see-three-factions-clashing-for-top-state-leaders/1969579

[10] UMNO kini berpecah 4 kumpulan – Jais Sarday

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/510252/umno-kini-berpecah-4-kumpulan-jais-sarday

[11] “UMNO kini sudah berpecah tiga” – Annuar Musa

https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-kini-sudah-berpecah-tiga-annuar-musa-278218

Isu Semasa