Isu PH menunggang kempen Bendera Putih sudah reda (tinyurl.com/8e5eps).
Kini timbul isu kempen Bendera Hitam. Siapakah mereka ini? Mereka ini menggelar diri mereka Sekretariat Solidariti Rakyat [1].
Kata mereka, “Sekretariat Solidariti Rakyat menuntut Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri serta-merta, buka Parlimen dengan kadar segera dan tamat Darurat,”[1]
Menurut laporan media sebelum ini, sekretariat ini terdiri daripada [2]:
1) MUDA,
2) Undi18,
3) MISI: Solidariti,
4) Bersih,
5) Demokrat Kebangsaan/Borneo Komrad,
6) PSM,
7) Pemuda Amanah,
8) Pejuanita Muda,
9) PKR,
10) kumpulan mahasiswa,
11) YPolitics (Karmun),
12) UMANY,
13) SUARAM,
14) DAPSY,
15) Myer movement dan
16) Malaysia Muda.
Dari senarai ini sebahagian daripadanya adalah parti politik:
1) MUDA (belum lulus pendaftaran).
2) PSM
3) Pemuda AMANAH
4) PKR
5) DAPSY
3 Parti di atas adalah komponen Pakatan Harapan (PH).
Jadi PH jugalah sebenarnya yang menunggang kempen ini.
PH menunggang dua bendera sekaligus, Bendera Putih dan Bendera Hitam.
Main dua kolam nampaknya?
Objektif mereka mahu Muhyiddin letak jawatan.
Habis tu, kalau Muhyiddin letak jawatan, nak digantikan dengan siapa? Anwar?
Adakah akan selesai semua masalah?
Sedangkan masalah dalaman PKR pun tak selesai, apatah lagi nak selesaikan masalah negara.
Ditambah lagi nak layan budak2 Sekretariat Solidariti ini yang sebahagian besarnya datang dari pemikiran kiri yang cuma tahu nak protes kerajaan tapi belum tentu ada solusi untuk rakyat.
DrPalaTao
Rujukan:
[1] Bendera hitam pula berkibar -https://www.malaysiakini.com/news/581391
[2] Lebih 100 buka puasa depan Parlimen tanda protes -https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/30/lebih-100-buka-puasa-depan-parlimen-tanda-protes/