Berhari-hari menahan rasa. Pelik melihat kluster kilang dan tempat kerja menjadi sasaran.
Secara peribadi, saya mahukan sektor industri terus beroperasi supaya ekonomi kita tidak menjadi terlalu parah.
Tiba-tiba terlihat satu tangkap layar (screenshot) memperjelaskan peratusan kluster tempat kerja yang menjadi pertikaian awam.
Saya dan beberapa sahabat membincangkan keabsahan hujah tersebut dan bersetuju memperakuinya.
Sebelum pergi lebih jauh, biarlah saya sebutkan bahawa para pembaca sekalian tidak perlu merasa rendah diri dengan pendedahan kali ini, kerana bidang statistik bukanlah mudah untuk dikuasai.
Statistik, perlu dimaklumi, boleh menjadi pertahanan paling ampuh dan juga boleh menjadi senjata paling membunuh, bergantung kepada hasrat pihak yang menggunakannya.
Berbalik kepada isu kluster kilang dan tempat kerja yang ingin diperbincangkan. Mari kita lihat rekod harian terkini iaifu 2 Julai 2021.
Jumlah kes baru: 6,982 kes
Jumlah kluster: 17 kluster.
Pecahan kluster: 9 kluster tempat kerja.
5 kluster komuniti
3 kluster kump. berisiko tinggi.
Jumlah kes dalam kluster tempat kerja: 129.
Jumlah kes dalam semua kluster: 246.
Maka, peratusan jumlah kes di dalam kluster tempat kerja berbanding jumlah kes ialah 129÷6982 iaitu 1.847%.
Mengejutkan, bukan? Bagaimana dipropagandakan bahawa ianya adalah 80%?
Seandainya ada di kalangan para pembaca boleh berikan kiraan lain, saya sedia menerima.
Seandainya dikira jumlah kluster tempat kerja berbanding jumlah kluster keseluruhan, ianya hanyalah 52.94%. (9÷17).
Seadainya pula, peratusan tersebut berdasarkan jumlah kes kluster tempat kerja berbanding jumlah keseluruhan kes dalam semua kluster, ianya cuma 52.44%.
Itu adalah berdasarkan kes sehari.
Mari kita lihat kes kumulatif.
Jumlah kumulatif kes : 765,949 kes
Jumlah kumulatif kluster: 2,882 kluster.
Pecahan kluster: 1,351 kluster tempat kerja.
1,531 kluster-kluster lain
Jumlah kes dalam kluster tempat kerja: 117,436
Jumlah kes dalam semua kluster: 282,045
Peratusan jumlah kes di dalam kluster tempat kerja berbanding jumlah kes ialah 117436÷765949 iaitu 15.33%..
Peratusan jumlah kluster tempat kerja berbanding jumlah kluster keseluruhan, ianya hanyalah 46.88%. (1351÷2882)
Peratusan jumlah kes kluster tempat kerja berbanding jumlah keseluruhan kes dalam semua kluster, ianya cuma 41.64%. (117436÷282045).
Kesimpulannya, nombor yang saya perolehi setelah menelaah data dari sumber Kementerian Kesihatan Malaysia adalah jauh lebih rendah dari 80%.
Saya terpaksa akui, dan akur, sekalipun dengan berat hati, bahawa Majlis Keselamatan Negara sedang memerangi pandemik ini dengan cara yang sebenar.
Memerangi kluster kilang dan tempat kerja hanya mampu mengurangkan 129 dari jumlah 6982 iaitu 6853. Jauh dari target interim 4000 kes yang diletakkan.
Memeranginya di Selangor dengan melaksanakan PKPD bersasar di mukim-mukim tertentu dalam Selangor berpotensi mengurangkan 2907 daripada 6982 menjadi 4075. Angka ini lebih hampir kepada target interim tersebut.
Semoga kita memahami strategi MKN ini, dan kita tidak mudah mempercayai apa jua yang disogokkan kepada kita.
Kredit: Anas Nazri