Dalam berhadapan dengan isu pandemik ini, kerajaan negeri Selangor ‘gah’ dan berbangga kerana kononnya mempunyai segala jenis pakar perubatan termasuk Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Pakar-pakar kesihatan ‘hebat’ lantikan kerajaan negeri ini pula tidak habis-habis mengkritik dan menyerang kerajaan yang dituduh gagal menangani pandemik Covid-19, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) lembab serta pelbagai lagi [1].
Di sebalik segala kehebatan pakar dan ‘persiapan rapi’, anehnya kes jangkitan di negeri tersebut tidak juga turun-turun.
Angka jangkitan naik dan terus naik melebihi 2,000 kes [2].
Jadi, apa sebenarnya yang pakar-pakar kesihatan lantikan kerajaan yang ‘hebat’ ini buat?
Walaupun kes makin menaik, Kerajaan Selangor menolak PKP jika diberikan pilihan [3].
Mengulas lanjut Dr Siti Mariah berkata, jangkitan Covid-19 di Selangor gagal dikawal berikutan isu polisi yang dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan penularan dalam kalangan komuniti. [3]
Pada 27 Jun 2021, Dr Siti Mariah mendakwa kerajaan pusat tidak memberikan bekalan vaksin yang cukup dengan berkata “Nampak benar menteri tak tahu masalah di bawah” dan “Jangan berbohong dengan mengatakan bahawa ada bekalan cukup.
Berlaku jujur atau hidung anda akan jadi lebih panjang” [4].
Nampaknya, mereka sudah tersilap selangkah atau banyak langkah di sini.
Khairy membuka pekung mereka dengan mengatakan bahawa usaha di Selangor agak lembab, walaupun ada vaksin namun vaksin banyak tidak digunakan”[5].
Dr Siti Mariah kemudiannya dilaporkan meminta maaf.
Terpaksalah tebalkan muka meminta maaf, bukan?
Kita mengharapkan Dr Siti Mariah terus bekerja beri tumpuan habiskan stok vaksin di Selangor.
Tapi nampaknya, tumpuan dia tersasar ke arah lain pula.
Pada 2 Julai 2021, Dr Siti Mariah bertanya pula kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, apa salahnya rakyat dibenarkan mengambil Ivermectin? [6].
Kalau beginilah caranya, bila masalah vaksin nak selesai di Selangor?
Ini yang kadang-kadang orang kata masalah palatao.
Huru-hara negara bila sindrom palatao menjadi-jadi.
DrPalaTao
Rujukan:
[1] Angkara Selangor, negeri lain sengsara!
https://utusantv.com/2021/06/29/angkara-selangor-negeri-lain-sengsara/
[2] Rekod tertinggi jangkitan Covid-19 6,075 kes, lebih 2,000 di Selangor
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/jangkitan-covid-19-naik-6075-kes-selangor-terus-tinggi/
[3] Selangor tolak PKP penuh jika diberi pilihan
https://www.sinarharian.com.my/article/139294/KHAS/Covid-19/Selangor-tolak-PKP-penuh-jika-diberi-pilihan
[4] Jujurlah KJ atau ‘hidung akan jadi panjang’ – Siti Mariah
https://www.malaysiakini.com/news/580619
[5] Proses vaksinasi di Selangor lembap
https://www.kosmo.com.my/2021/06/28/proses-vaksinasi-di-selangor-lembap/
[6] Dr Siti Mariah mohon maaf pada Khairy
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-siti-mariah-mohon-maaf-pada-khairy-305732
[7] Ada pensyarah yg sy kenal. kena covid.suami isteri. Desperado sgt. Ambil IVERMECTIN. Sembuh. Mrk dan rakyat tanya, jika ubat tiada kesan sampingan dan selamat, apa salahnya mrk dibenarkan mengambilnya. Walaupun utk haiwan.Won’t kill them but covid can. Sy tlg tanyakan @DGHisham