Ceupar maksudnya banyak cakap.
Kurang ajar maksudnya buruk pekerti.
Biadap maksudnya tidak ada budi bahasa.
Jarang kita bertemu mereka yang dilabelkan semua panggilan ini.
Tapi DAP dikatakan ada keseluruhan pakej.
Pada 8 Mei 2018, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Prof Dr Teo Kok Seong pernah berkata “Tindakan Kor Ming kurang ajar, biadap” apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP (pada ketika itu) Nga Kor Ming mempersendakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membangkitkan isu kematiannya. [1]
“Nampaknya Kor Ming tidak berfikir panjang sebelum bercakap.
“Jelas sekali beliau tiada wibawa dan tidak bermoral langsung, bagaimana mahu dipilih menjadi pemimpin masyarakat.”
“Tindakan itu bukan saja kasar dan tidak beradab, malah memalukan masyarakat.
“Ini bukan budaya orang Cina yang tidak menyokong kerajaan kerana jika tidak suka kerajaan sekalipun, mereka masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan.
“Apa yang Kor Ming buat ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini bukan budaya dan tamadun Cina.
“Kita tidak mengiktiraf perbuatan jijik itu dengan mempersendakan orang tua dan menggunakan isu mati, lebih-lebih lagi kepada pemimpin sekutu sendiri,”
Pada 9 Januari 2019, media melaporkan “Ahli majlis DAP celupar letak jawatan”. [2]
Hal ini berhubung kenyataan kurang sopan dimuat naik Ahli Majlis Daerah Pontian dari DAP yang memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan dalam laman sosial Facebook (FB).
Berikutan itu DAP Johor merafak sembah dan memohon keampunan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kenyataan tidak sopan itu.
Pada 9 Mac 2019, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoalkan partinya (MCA) tidak membela (DAP) selepas mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan adalah suatu yang tidak masuk akal.
Ka Siong turut mengingatkan agar beliau berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan serta menegaskan bahawa dasar MCA adalah untuk memperjuangkan kepentingan semua kaum di Malaysia.
“Guan Eng, mulut jangan celupar lagi.
“Hari ini dan sampai bila-bila pun saya masih dengan pendirian sama bahawa saya bukan hanya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tetapi juga sekolah pondok dan tahfiz.”
“Saya cabar Guan Eng agar tunjukkan bukti masa dan tarikh, saya selaku Presiden MCA pernah membantah peruntukan kepada sekolah tahfiz di Dewan Rakyat atau di mana-mana tempat.”
Pada 23 Oktober 2019, media melaporkan “Tindakan Ronnie Liu biadap – Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli”. [3]
Kenyataan tegas Maszlee itu dibuat beberapa hari selepas 43 pemimpin dan Adun DAP membantah keputusan KPM melarang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diedarkan di sekolah negara ini.
“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.”
”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,”
Pada 1 Januari 2020, “Pemuda PAS beri amaran kepada DAP jangan bertentang dengan polis”. [5]
Hal ini susulan para pemimpin DAP berterusan dengan sikap bebal apabila bertindak menyanggah pihak polis ekoran pembatalan Kongres Pertubuhan Cina anjuran Dong Jiao Zong.
“Kami memberi amaran supaya DAP menghentikan watak celupar, kurang ajar dan biadab seperti ini seolah-olah memaksa pihak polis untuk tunduk pada desakan dan kemahuan mereka.
“Jangan cuba memalit imej buruk yang direka fitnah ke atas pasukan penting negara.
“Adakah kerana memegang kuasa politik, maka DAP menzahirkan keberanian untuk bertentang dengan pihak polis?,” kata Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin.
Pada Mei 2021, media melaporkan “Kritik PM: Kenyataan Teng Chang Khim biadap, tidak patriotik – Razali Idris”. [6]
Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Selangor daripada DAP yang mengkritik pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis Israel ke atas Palestin disifatkan sebagai biadap dan tidak patriotik.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris berkata kritikan Teng Chang Khim yang juga Exco Kerajaan Selangor itu tidak melambangkan keperibadiannya sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.
Terkini dua orang pemimpin DAP buat hal lagi.
Pada 5 Julai 2021, media melaporkan “Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu”.
Hal ini berkaitan proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di Kompleks Mahkamah Raub yang menjadi kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik.
Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu yang direman dibawa keluar.
Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.
Pada tarikh yang sama, 5 Julai 2021, media melaporkan “Umno akan buat laporan polis terhadap Kit Siang”. [7]
Hal ini berkaitan tulisan terbaharu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di blognya berkenaan ‘Kerajaan Allah’ dilihat menghina Islam dan mengundang perbalahan antara kaum serta agama.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tulisan itu bersifat menghina Islam, bertujuan mengelirukan orang ramai terhadap Islam dan boleh mengundang perbalahan antara kaum dan agama.
Menurutnya, Kit Siang dikatakan menulis seperti itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Bagaimanapun respon beliau langsung tidak selari dengan kenyataan Abdul Hadi mengenai ‘Kerajaan Allah’.
“Mustahil selepas berpuluh tahun menjadi wakil rakyat, Kit Siang masih tidak memahami ayat-ayat mudah yang diungkapkan Presiden Pas itu.”
“Abdul Hadi tidak pernah berkata kerajaan Malaysia hari ini adalah ‘Kerajaan Allah’ seperti mana yang cuba digambarkan Kit Siang,”
“Hentikan politik kebencian dan adu domba”
DrPalaTao
Rujukan:
[1] Tindakan Kor Ming kurang ajar, biadab
-https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/422802/tindakan-kor-ming-kurang-ajar-biadab
[2] Ahli majlis DAP celupar letak jawatan
-https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/410228/ahli-majlis-dap-celupar-letak-jawatan
[3] ‘Tindakan Ronnie Liu biadap’ – Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli
-https://www.astroawani.com/berita-politik/tindakan-ronnie-liu-biadap-maszlee-gesa-pimpinan-dap-disiplinkan-ahli-220783
[4] Maszlee: Tindakan Liu biadab
-https://www.malaysiakini.com/news/496988
[5] Pemuda PAS beri amaran kepada DAP jangan bertentang dengan polis
-https://sarawakvoice.com/2020/01/01/pemuda-pas-beri-amaran-kepada-dap-jangan-bertentang-dengan-polis/
[6] Kritik PM: Kenyataan Teng Chang Khim biadab, tidak patriotik – Razali Idris
-https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kritik-pm-kenyataan-teng-chang-khim-biadab-tidak-patriotik-razali-idris-298552