Patutlah namanya begitu.
Apabila sekumpulan tauke mengamuk bilamana durian yang mereka tanam di tanah haram ditebang penguasa, bergegaslah seorang ADUN dari Durian Action Party (DAP) Selangor, langgar SOP, rentas negeri untuk membantu mereka.
Dan bertempik juga rakannya, seorang Ahli Parlimen Durian Action Party (DAP) Pulau Pinang untuk menawarkan bantuan guaman untuk mereka.
Resam tauke begitulah.
Kebajikan tauke mesti dijaga.
Kebajikan rakyat peduli apa.
Dahulukala, pada 18 September 2019, satu operasi perobohan dilakukan oleh kerajaan Selangor ke atas premis dan kediaman yang dibina berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan itu. [1]
Ia adalah peristiwa yang menyeksakan bagi mereka.
“Saya sudah katakan sebelum ini dan saya ulangi bukan kami tak mahu berpindah cuma berilah waktu kepada kami untuk dapat rumah baru.”, keluh seorang penduduk. [1]
“Saya sekali lagi berharap agar pihak kerajaan negeri turun dan bertemu sendiri dengan penduduk di sini. [1]
“Tuntutan penduduk untuk menangguhkan perobohan sehingga anak-anak selesai menghadapi peperiksaan PT3, PSRA, SPM dan lain-lain adalah satu tuntutan kemanusiaan.”, kata Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad. [2]
“Mereka ini manusia dan harus dilayan sebagai manusia.
“Dalam keadaan musim jerebu yang teruk ini, penduduk yang terbabit hilang tempat berlindung dan kerajaan negeri seakan tidak mempedulikan keadaan mereka, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. [3]
“Bagi saya ini satu tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan… tidak sepatutnya berlaku.
Lebih dikesalkan bila tidak adapun ADUN di kawasan ini yang mengambil tahu permasalahan ini.”, katanya lagi. [3]
(DrPalaTao: ADUN pergi dusun makan durian agaknya tu)
Genap setahun selepas itu insiden perobohan rumah berulang lagi.
Pada 3 September 2020, luluh hati 19 pemilik rumah Desa Subang Perantau di Shah Alam, menyaksikan kediaman masing-masing dirobohkan pihak berkuasa, selepas kerajaan Selangor memutuskan lot tanah mereka terbabit dengan projek melencongkan Sungai Pelempas di situ. [4]
“Penduduk berasakan kerajaan negeri akan memberikan kelulusan geran dan sehingga kini masih menunggu kelulusan itu, namun tidak menyangka kerajaan negeri mengambil keputusan merobohkan kediaman kami untuk melaksanakan projek berkenaan.” [4]
“Sepatutnya semasa kerajaan mewartakan perkara itu, mereka sudah mengambil kira kos pampasan untuk rumah-rumah yang perlu dirobohkan,” kata seorang penduduk kepada pemberita. [4]
“Memang setiap tahun musim tengkujuh banjir. Kami bersyukur kerajaan Selangor cuba atasi masalah banjir, tapi ada cara yang lagi sesuai, yang tidak melibatkan penganiayaan kepada orang ramai. [5]
“Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia. Gunakanlah dana itu. Rumah dah roboh.” [5]
Susulan itu sebuah akhbar bercetak menyiarkan tajuk utama “Nasib Melayu Di Selangor” bersama tajuk kecil “Antara dua darjat, kerajaan PH Selangor roboh rumah rakyat di Desa Subang Perantau II” [6]
Lalu hari ini apabila pemimpin Durian Action Party (DAP) mahu tampil kononnya menjadi juara rakyat, bukankah ia hipokrit semata-mata?
“Tauke dihutan disusukan, Rakyat pula diroboh rumahnya”
DrPalaTao
Rujukan:
[1] ‘Kami akan pindah esok, tapi…’
https://www.sinarharian.com.my/article/48489/EDISI/Selangor-KL/Roboh-rumah-Penindasan-kepada-rakyat
[2] Roboh rumah: Mana sikap kemanusiaan Kerajaan Negeri Selangor?
https://malaysiagazette.com/2019/09/19/roboh-rumah-mana-sikap-kemanusiaan-kerajaan-negeri-selangor/
[3] Roboh Rumah Musim Jerebu: Kerajaan Negeri Selangor Zalim
https://umno-online.my/2019/09/19/roboh-rumah-musim-jerebu-kerajaan-negeri-selangor-zalim/
[4] Luluh hati 19 pemilik rumah lihat kediaman dirobohkan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/727597/luluh-hati-19-pemilik-rumah-lihat-kediaman-dirobohkan
[5] Kami bukan setinggan, kata penduduk Desa Subang Perantau
https://www.malaysiakini.com/news/541209
[6] Nasib Melayu Di Selangor
https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/05/nasib-melayu-di-selangor/