Betul Ke Kerajaan PN Gagal?

Betul Ke Kerajaan PN Gagal?

1) Bantuan Makanan Rakyat

Sejak bulan Jan, lebih 430,000 bakul makanan diagih oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (nilai RM50 juta).

Bermula Julai, 300,000 rakyat bawah Program Kasih Prihatin dapat bantuan makanan selama 3 bulan berturut-turut (nilai RM100 juta).

6,000 keluarga di zon PKPD W.Persekutuan dapat bantuan makanan dari MAIWP.

Sejak Disember 2020 hingga kini, RM1 BILION dana zakat telah diagihkan PPZ Wilayah Persekutuan untuk golongan asnaf.

Melalui PEMULIH, Kerajaan salur RM300,000 kepada setiap 222 kawasan Parlimen (nilai RM66 juta) untuk membantu keluarga terdesak dan individu golongan rentan.

Kalau ada yang perlukan bantuan makanan, silalah mengadu ke pejabat JKM, Pejabat Ahli Parlimen, agensi Kerajaan negeri berkaitan, pusat-pusat zakat negeri masing-masing atau singgah ke antara beribu masjid dan surau seluruh negara yang memang sediakan bantuan makanan.

Rujukan:
https://www.zakat.com.my/
https://www.facebook.com/MyKasihFoundation/
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

2) Vaksinasi

Pada Julai 2021, kadar vaksinasi Malaysia adalah antara 10 tertinggi di dunia, disahkan oleh Bloomberg vaccine tracker.

Pada awal, Bloomberg unjurkan Malaysia akan ambil masa 5 tahun untuk vaksinasi 75% rakyat negara, tapi hari ini ia unjurkan hanya 5 bulan selesai!

Hari ini, lebih 8 juta rakyat telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

Pada mula, hanya 100,000 dos sehari kini Kerajaan berjaya tingkatkan kepada 300,000 dos sehari.

Ini pencapaian yang dikagumi oleh negara lain!

Rujukan:
https://www.bloomberg.com/…/covid-vaccine-tracker…/

3) Jangkitan Covid-19

Jangan asyik kata kes naik dan tak turun-turun.

Fahamkan beberapa data.

Mari kita bandingkan dengan negara lain:

UJIAN SARINGAN / JUMLAH JANGKITAN, Setakat Julai 2021

Indonesia (Jumlah test: 21.1 juta / Jumlah Jangkitan: 2.4 juta)

Filipina (Jumlah test: 15.3 juta / Jumlah Jangkitan: 1.46 juta)

Malaysia (Jumlah test: 15.2 juta / Jumlah Jangkitan: 808 ribu)

Jepun (Jumlah test: 16.8 juta / Jumlah Jangkitan: 811 ribu)

Kes nampak tinggi setiap hari kerana Malaysia sedang rancak jalankan ujian saringan.

Lebih banyak ujian, lebih banyak kes di kesan.

Namun jika kita bandingkan nisbah ujian pada jumlah jangkitan, Malaysia masih berada di paras lebih rendah dari negara-negara jiran.

Sumber:
https://www.worldometers.info/coronavirus/
https://www.thestar.com.my/…/covid-19-surge-in-selangor…

4) Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Dalam beberapa bulan saja, Kerajaan membuka hampir 300 PPV seluruh Malaysia termasuk lima PPV Mega seperti di Stadium Bukit Jalil di KL dan UITM Puncak Alam di Selangor.

Kerajaan juga pastikan PPV dibuka 7 hari seminggu dan elaun sukarelawan dinaikkan dari RM50 hingga ke RM100 sehari (nilai RM200 juta).

Baru-baru ini, tambah lagi 29 PPV baru, buat PPV pandu lalu, perkenalkan konsep mobile PPV bergerak dan macam-macam lagi usaha.

Inilah sebab negara berjaya capai sasaran pemberian 300,000 dos sehari, dan sekarang Kerajaan mengejar pula sasaran 400,000 dos vaksin sehari.

MASIH PERCAYA KERAJAAN GAGAL?

JOM TENGOK DARI SEGI EKONOMI PULA:

5) Penarafan Antarabangsa

Pada Jun 2021, agensi penarafan antarabangsa Moody’s mengekalkan penarafan Malaysia pada di tahap A3 manakala agensi S&P mengekalkan juga penarafan Malaysia di paras A-.

Baca sendiri laporan S&P yang mengiktiraf pengurusan Kerajaan dalam hal kewangan & ekonomi negara dan pakej-pakej rangsangan 2020 & 2021 (nilai lebih 525 bilion) menghadapi cabaran Covid-19.

Laporan S&P juga memberi amaran awal: pergolakan politik yang berterusan dapat mengugat kestabilan dan penarafan Malaysia di masa hadapan.

Awas, mereka yang ingin mengugat kestabilan!

Sumber:
https://www.bharian.com.my/…/sp-kekalkan-penarafan…
https://themalaysianreserve.com/…/sp-rating…/
https://www.nst.com.my/…/moodys-affirms-malaysias-a3…

6) Pelaburan Asing

Negara berjaya menarik pelaburan asing (FDI) yang meningkat sebanyak 383% kepada RM54.9 bilion pada suku pertama 2021 berbanding RM11.4 bilion tahun lalu.

Sumber:
https://www.theedgemarkets.com/…/mida-approved-rm806…
https://www.bharian.com.my/…/malaysia-terima-pelaburan…

7) Perdagangan

Lebihan dagangan negara terus naik mendadak sebanyak 663.5%, dan eksport mencatat pertumbuhan sebanyak 63% dan melebihi RM100 bilion bagi dua bulan berturut-turut – terpantas sejak Februari 1998 dan kenaikan tahun-ke-tahun ke lapan bulan berturut-turut sejak September 2020.

Sumber:
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1966059
https://www.bharian.com.my/…/pertumbuhan-eksport-negara…

8) Pekerjaan

Program Subsidi Upah (PSU) yang dijalankan Kerajaan menelan belanja RM20.5 bilion dan telah berjaya menyelamatkan 2.7 juta pekerja sejak tahun lalu.

Bayangkan jika Kerajaan tak buat program ni, berapa ramai rakyat jadi penganggur.

Program ini dikelola oleh PERKESO, di mana 330,000 majikan serata negara mohon masuk program PSU dan diberi subsidi RM600 setiap pekerja selama 6 bulan, dengan syarat tidak memberhentikan pekerja tersebut.

Jika anda majikan, mohonlah PSU!

Jika anda pekerja dan mahu kekal pekerjaan anda, suruhlah majikan mohon PSU!

Sumber:
https://www.perkeso.gov.my/program-subsidi-upah.html
https://www.astroawani.com/…/program-subsidi-upah…

Akhir sekali – berapa juta rakyat sudah dapat bantuan kewangan di bawah Kerajaan sekarang berbanding zaman PH?

Nak tengok perbandingan?

9) Bantuan Tunai kepada Rakyat (PH vs PN)

Bantuan Sara Hidup bawah PH: RM 5 bilion (Penerima 4.3 juta rakyat)

Bawah Kerajaan Perikatan Nasional:

Bantuan Prihatin Rakyat: RM7bilion (Penerima lebih 8 juta rakyat)

Bantuan Prihatin Nasional: RM18 bilion (Penerima lebih 10 juta rakyat)

JUMLAH BANTUAN TUNAI KEPADA RAKYAT (BPR+BPN) = RM25 BILION!

Nak cerita lebih lagi panjang berjela pulak mesej ni, belum sebut lagi pasal:

Moratorium otomatik dua kali setahun berlaku (tak pernah dibuat dalam sejarah).

Izin keluarkan simpanan KWSP melalui i-Sinar, i-Lestari & i-Citra (tak pernah berlaku dalam sejarah)

Bantuan insentif kepada perniagaan PKS, pinjaman mikro kepada peniaga kecil, bantuan kepada orang asli, bantuan kepada OKU, bantuan kepada pemandu teksi, pelepasan cukai, penambahbaikan khidmat awam dan beratus-ratus lagi program bantuan rakyat & perniagaan.

Akhir sekali

10) 8 PAKEJ BANTUAN + BELANJAWAN 2021 DALAM 16 BULAN – PERTAMA KALI DALAM SEJARAH!

(Pakej: Prihatin, Prihatin PKS, Penjana, KitaPrihatin, Permai, Pemerkasa, Pemerkasa+ dan Pemulih semua berjumlah RM530 bilion untuk Rakyat Malaysia)

Bayangkan jika Kerajaan tak lakukan semua ni, apa kesudahannya hari ini?

Jadi mari kita fikir sendiri — BETUL KE KERAJAAN GAGAL?

Isu Semasa