Ada seorang Boss yang gigih menyerang rakan-rakan sekapalnya sendiri [1].
Kononnya tak pandai jaga keselamatan rakyat.
Kononnya tak pandai jaga kesihatan rakyat.
Kononnya tak pandai urus program vaksin.
Terkini boss anjurkan pula undian online samada Kerajaan yang diterajui rakan-rakan sekapalnya KERAJAAN GAGAL atau KERAJAAN TAK GAGAL.
Seronoklah Boss bilamana pelawat yang datang ke rumahnya mengundi KERAJAAN GAGAL.
Tapi Boss tak sedar yang dia menembak kakinya sendiri.
Tempanglah dia.
Sangka Boss, dia sudah jadi Hero.
Rupanya dia jadi Hero yang tempang.
Pencacai akan bersorak Boss pandai menembak.
Manakala Rakyat yang waras akan menggelengkan kepala sambil bertanya “kenapalah kau rosakkan kapal kau sendiri?”
Cuba Boss baca pesanan seorang Presiden pada 7 Jul 2019 [2] yang bertajuk Jangan serang orang sendiri” yang berikut:
Ahli dan pemimpin Umno perlu mensasarkan Pakatan Harapan dan berhenti menyerang sesama sendiri, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata, ahli Umno perlu berhenti melayan perbezaan pendapat sehingga menyebabkan wujud kumpulan dalam parti.
Masalah yang berlaku di hadapan kita, kita jarang menyerang musuh di luar.
Kita kenal musuh di luar tetapi peluru yang kita ada di dalam peperangan di gelanggang politik digunakan untuk menembak rakan kita sendiri.
Kita selama ini melayani perbezaan pendapat yang akhirnya terbentuk kabilah-kabilah yang berbeza dalam kalangan kita. Cukuplah,” katanya.
Ingat pesanan Presiden tu, “jangan serang orang sendiri, boss”
DrPalaTao
[1] Dilema menteri UMNO
https://mediaislam.net/berita/2021/07/11/dilema-menteri-umno/
[2] Jangan serang orang sendiri, kata Zahid
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/166271