Jom Lawan Covid, Bukan Lawan Sesama Sendiri

Jom Lawan Covid, Bukan Lawan Sesama Sendiri

PKP dan pengisytiharaan darurat ini untuk apa sebenarnya?” marah Anwar. [1].

“Cukuplah raikan kegagalan ini. Rumah-rumah sakit makin sesak, rakyat makin tertekan dan seolah-olah seperti tiada jalan keluar.” [1]

Zahid pun marah juga. “Tindakan UMNO (henti sokong Kerajaan PN) bukan kerana berebut kuasa, tapi untuk bendung Covid19.” [2]

Asyraf tumpang tak berpuas hati, bertanya “apakah kerajaan masih mahu ulangi dan guna pendekatan sama?”

.Jika ditanya lanjut, apa solusi yang mereka ada, pasti masing-masing ada jawapannya. 

Tapi, APAKAH AKAN ADA JAMINAN SOLUSI ITU BERJAYA?

Tak siapapun tahu.

Kata Najib, “Adakah masalah utama negara ini akan selesai sekiranya kerajaan hari ini diganti …? ” [3]

Tak siapapun tahu.

Sebab itu Ketua Pengarah Kesihatan pernah mengeluh, “…kita berlawan sesama sendiri dari segi pendapat, pendekatan dan sebagainya, dan bukannya melawan menentang virus ini …” [4]

Nasihat yang juga diberikan oleh pakar kesihatan dari luar negara.

“Tolonglah. Jangan mempolitikkan virus. Negara yang melakukannya, mengalami kerugian yang lebih besar.”, kata SelebTwit dari US Dr Faheem Younus yang kini popular di Indonesia [5]

Jom lawan Covid, bukan lawan sesama sendiri

DrPalaTao

Rujukan

[1] Apa sebenarnya tujuan PKP dan darurat, soal Anwar
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/apa-sebenarnya-tujuan-pkp-dan-darurat-soal-anwar/

[2] Umno move to tackle Malaysia’s Covid-19 crisis, not power grab: Zahid
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/umno-move-to-tackle-malaysias-covid-19-crisis-not-power-grab-zahid

[3] Adakah masalah negara selesai jika digantikan kerajaan tidak stabil?
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/adakah-masalah-negara-selesai-jika-digantikan-kerajaan-tidak-stabil/

[4] ‘Kita berlawan sesama sendiri, bukan lawan Covid-19’ – Dr Noor Hisham
https://www.malaysiakini.com/news/579614

[5] Please. Don’t politicize the virus. Countries who did, incurred heavier losses.
https://twitter.com/FaheemYounus/status/1413881170476077056

Isu Semasa