Seperti yang kita tengok hari-hari, Selangor punya kes positif Covid19 sudah tapau keseluruhan negeri-negeri lain.
Negeri-negeri lain paling tinggi pun tak sampai 800 kes.
Selangor dah lebih 4000 kes.
Kenapa tak ada hashtag #SelangorGagal atau #PKRgagal?
Alasan Selangor banyak kilang pun tak berapa logik.
Pulau Pinang pun banyak kilang.
Negeri kedua terbanyak kilang kot sepatutnya kes positif Covid akan follow Selangor.
Kalau Selangor 4000, at least Pulau Pinang follow 3000 kes.
Sama-sama negeri banyak kilang.
Memang kita marah dengan kluster kilang dan Azmin Ali.
Tapi dari sudut lain, kenapa hanya Selangor kes menggila begitu?
Kes di Pulau Pinang 20 kali ganda jauh lebih kecil berbanding Selangor.
Kedah pun ada kilang juga.
Negeri Sembilan pun ada kilang.
Kenapa boleh kawal kes di bawah 1000?

Sebab negeri-begeri lain tak ada TASKFORCE sendiri.
Semua sistem dan arahan kawalan pandemik follow kerajaan pusat.
Pulau Pinang walaupun DAPyang memerintah mereka ikut pusat.
Selangor nak tunjuk hebat, semua nak buat sendiri.
Bila kes dah tak terkawal, salahkan orang lain. Salahkan pusat.
Paling senang, salahkan MITI Azmin Ali.
Sebab memang dia buat keputusan yang teruk.
Orang tengah meluat kepada dia.
Jadi Selangor boleh tumpang alihkan kesilapan mengurus pandemik kepada Azmin Ali.
Mujur ada Azmin Ali, boleh letak kesalahan kepada dia.
Tapi Rafizi pun dah tanya Selangor, kenapa tak tutup kilang?
Pulau Pinang ditadbir DAP, tapi pengurusan covid masih bergantung dengan pusat.
Mereka pun pernah nak cuba buat sendiri sistem.
Tapi tau laa, berserabut kalau data tak selari dengan pusat.
Kerajaan negeri DAP beri kerjasama penuh dengan kerajaan PN pusat dan KKM.
Hasilnya, kes di Pulau Pinang yang ada banyak kilang boleh lebih rendah daripada Kedah yang tak berapa banyak kilang (ikut nisbah keluasan negeri).
Seburuk-buruk DAP, depa masih fikir masa depan kesihatan rakyat.
DAP pernah hentam “kepala otak dia” kepada KJ dalam bab vaksin.
Lepas KJ bongkar depa kena scam, depa akur dengan pusat kerana fikir kemaslahatan rakyat.
Tetapi tidak di Selangor yang enggan akur dan rasa cara mereka lebih superior.
Maka hasilnya, jumlah kes yang superior yang negeri lain takleh lawan.
Tak tahu lah samada dah terlambat atau tidak, kerajaan Selangor kena betul-betul ikut cara pusat dan KKM buat kerja.
Tahan lah sikit rasa geram dan menyampah dengan kerajaan PN.
Sembunyi dulu buat seketika rasa malu tu.
Selesaikan masalah pandemik dulu, lepas tu buat kempen dan manifesto yang power untuk tumbangkan PN dalam pilihanraya.
Buat masa sekarang, fokus kawal krisis kesihatan dulu.
Kita tahu sistem kerajaan pusat ni tak sempurna,
MySejahtera pun dikatakan hampeh dan tak padan dengan kos.
Tapi ia adalah sistem terbaik yang sedang digunakan sekarang,
kita kena ikut dan beri cadangan tambah baik, push supaya sistem sedia ada ditambah baik.
Bukannya kita memandai buat sistem sendiri untuk tunjuk hebat, yang akhirnya akan jadi pertembungan yang merugikan.
PKR dan AMANAH Selangor, belajarlah dengan DAP Pulau Pinang.