Cuba kita pusing belakang tengok balik.
Kita marah kepada MITI sebab tak bagi tutup kilang.
Sebenarnya kilang tertentu dibenarkan beroperasi dengan perlaksanaan SOP yang ketat.
Kilang yang tidak laksana SOP yang sepatutnya diarah tutup.
Jadi, kilang yang dilaksana SOP sahaja dibenar buka.
Tapi kes melibatkan kluster kilang tetap meningkat, kenapa?
Kerana orang kilang tak patuh SOP yang ditetapkan.
Logik kita, kilang mesti ditutup.
Berita terbaru lebih 4800 kereta diarahkan berpatah balik.
MKN sudah buat larangan rentas negeri.
Tapi beribu-ribu orang langgar keketapan yang dibuat oleh MKN.
Ramai yang degil nak balik rentas negeri juga.
Apabila kes meningkat, orang akan salahkan kerajaan.
Logiknya, kenapa kita tak desak kerajaan tutup saja jalan dan lebuh raya?
Dari segi sikap sebahagian rakyat sebegini lah, kes jadi tak turun.
Kes semakin meningkat.
Tapi rakyat tak marah rakyat.
Rakyat hanya akan tuding jari keada kerajaan.
Rakyat yang sebegini, tukarlah kerajaan mana pun yang memerintah, hasilnya akan sama.
Tak bagi rentas negeri, mereka akan cari jalan untuk rentas negeri juga.
Suruh patuh SOP, mereka buat selamba.
Sikap rakyat.
Sikap rakyat?
Habis pemimpin langgar SOP macam MB Kedah tu, ahli Parlimen Pokok Sena, Timbalan Speaker, depa langgar SOP sebab apa?
Sebab depa pun datang daripada kalangan rakyat juga.
Mentalitinya sama.
Begitulah level kepatuhan rakyat secara umumnya.
Yang kesiannya, rakyat yang patuh SOP serta tidak rentas negeri, terpaksa berkurung lebih lama.
Ada yang kata, kita hanya perlukan satu kali sahaja total Lockdown yang betul-betul lockdown.
Tiada rentas negeri, tiada kilang dibuka – untuk 2 minggu sahaja.
Biar jalanraya lebuhraya kosong sebagaimana PKP 1.0 dahulu.
Kita pernah berjaya.
Tetapi ketika total Lockdown semasa PKP 1.0 dahulu dibuat, kes tidak berapa tinggi, namun ia ambil masa Mac hingga Julai, lebih kurang 3 bulan berPKP untuk capai sifar kes harian.
Ya, mungkin rakyat sanggup berkurung 2 minggu.
Tapi kalau 3 bulan, adakah rakyat akan sanggup?
Kerajaan akan di-chop zalim dan kerajaan gagal.
Ekonomi rakyat pun akan lumpuh.
Andai kita tukar kerajaan – Bagaimana Tun M, DS Anwar, DS Najib, YB Bangmat, YB LGE nak hadap rakyat kita yang sukar untuk patuh, untuk mengelakkan kes terus meningkat (selain cara yang MKN buat)?
Selain hanya ulang sebut kerajaan gagal, bentangkan idea yang bagus untuk replace cara yang MKN buat.
Setakat hari ni, mungkin hanya DS Najib saja duk tulis apa yang perlu dibuat.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa