Khutbah Aidiladha 1442H “Menghayati Ujian Dan Pengorbanan Nabi Ibrahim AS”

Khutbah Aidiladha 1442H “Menghayati Ujian Dan Pengorbanan Nabi Ibrahim AS”

Khutbah Pertama

الله أكبر الله أكبر الله أكبرالله أكبرالله أكبرالله أكبرالله أكبرالله أكبرالله أكبيرا والحمدلله كثيرا والحمدلله رب العالمين والعاقبة للمتقين

أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قديروأشهد أن محمدا عبده ورسوله البدر الجى والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على محمد وعلى آله وصحبه من سار على نهجه الى يوم الدين

أما بعد

فيا عباد الله اتقوا الله وتزودوا فان خير الزاد التقوى لعلكم تفلحون

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah kalian kepada Allah SWT (dengan mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya) supaya kalian mendapat kejayaan (di dunia dan di akhirat).

Hari ini, kita menyambut Hari Raya Adha bersempena dengan ibadat haji dan ibadat korban yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim AS secara ujian daripada Allah, membuktikan keimanan (percaya dengan ikhlas) dan Islam (penyerahan diri) kepada Allah dengan mentaati apa sahaja perintah-Nya dan meninggalkan apa sahaja larangan-Nya.

Firman Allah SWT:

۞ وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim AS diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (firman suruhan dan larangan), lalu dia pun menyempurnakan semua (perintah Allah). (Setelah itu) Allah berfirman: ‘Sesungguhnya, Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin contoh yang menjadi ikutan dan teladan) bagi umat manusia.’ Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: ‘(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan).’ Allah berfirman: ‘(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan dicapai
oleh orang-orang yang zalim.’”

(Surah al-Baqarah: 124)

Ujian yang paling hebat ialah meletakkan anak kesayangannya Isma‘il AS bersama ibunya Hajar di bumi Makkah yang tidak ada manusia serta tiada bekalan makanan dan minuman. Ibrahim AS menunaikan perintah dengan percaya kepada Allah, rahmat, dan rezeki-Nya, diikuti dengan taat oleh isterinya Hajar (ibunda Isma‘il AS). Ini berbekalkan doa kepada Allah yang disebut oleh firman-Nya:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَنْ كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki kepada penduduknya daripada berbagai-bagai jenis buah-buahan, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat antara mereka.’ Allah berfirman: ‘(Permohonanmu itu diterima), tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar, maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburukburuk tempat kembali.’”

(Surah al-Baqarah: 126)

Setelah Isma‘il AS meningkat umurnya dan sudah boleh berjalan bersama bapanya, tiba-tiba Allah menguji pula supaya Ibrahim AS menyembelih anakandanya.

Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

“Maka, ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya, aku melihat dalam mimpi (yang benar oleh seseorang Rasul) bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’ Anaknya menjawab: ‘Wahai ayah kesayanganku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.’ (102);

Setelah keduaduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami untuk menyembelih anaknya). (103);

Serta Kami menyerunya: ‘Wahai Ibrahim! (104); Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. (Maka, perintah itu Kami batalkan).’ Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan (mentaati perintah Tuhan-Nya). (105);

Sesungguhnya, perintah ini ialah satu ujian yang nyata. (106);

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibas atau biri-biri) yang besar. (107);

Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orangorang yang datang kemudian. (108);

‘Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!’ (109);

Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110);

Sesungguhnya, Nabi Ibrahim itu daripada hamba-hamba Kami yang beriman. (111).”

(Surah al-Saffat: 102–111)

Ibrahim AS diperintahkan untuk mendirikan Kaabah bersama puteranya Isma‘il AS, seterusnya menjadi kiblat kepada umat Nabi akhir zaman yang menjadi Rasul kepada seluruh manusia dan seluruh alam.

Satu penghargaan apabila Nabi Muhammad SAW dipilih daripada zuriat keturunan Ibrahim dan Isma‘il AS. Makkah pula menjadi tempat perhimpunan ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam.

Ibrahim AS diperintahkan supaya menyeru manusia seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji yang besar ini.

Firman Allah SWT:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

“Dan serukanlah (wahai Ibrahim) kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang kepada (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan segenap penjuru dunia) yang jauh.”

(Surah al-Hajj: 27)

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ…

“…Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada seluruh alam.”

(Surah Ali ‘Imran: 97)

Haji itu ibadat jasad, roh, dan harta bagi mereka yang berkemampuan.

Maka, hari raya ini kepada seluruh umat Islam ialah bersempena dengan ibadat besar ini, sepertimana Hari Aidilfitri bersempena dengan ibadat puasa dan hari Jumaat bersempena dengan sembahyang lima waktu setiap minggu.

Perhimpunan haji adalah sebagai ibadat menegakkan agama tauhid beriman kepada Tuhan yang Maha Esa dan menolak syirik (adanya tuhan yang lain daripada Allah). Kita disuruh bertakbir memuliakannya.

Himpunan ini juga menyatukan umat Islam dengan persaudaraan dan bermaafan sesama mereka.

Muslimin dan Muslimat, ketahuilah!

Bersempena dengan hari raya ini juga, sunnah mu’akkadah untuk kita melakukan ibadat korban dan wajib ke atas sesiapa yang bernazar, dan wajib kepadanya untuk melakukan korban dalam tempoh bermula pada hari raya dan hari-hari Tasyriq.

Daging korban hendaklah dibahagikan kerana Allah sebagaimana firman Allah SWT:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kalian…”

(Surah al-Hajj: 37)

Semuanya adalah bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya, yang berakhir dengan kita hendaklah menjadi pengikut yang setia kepada Nabi Muhammad SAW yang meneruskan perjuangannya menghadapi seluruh manusia.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Manusia itu sentiasa diuji oleh Allah SWT. Hanya orang-orang beriman yang berjaya dengan sifat sabar sahaja yang dijanjikan pahala.

Hari ini, seluruh dunia telah diuji dengan bencana penyakit wabak yang mematikan ramai mangsanya.

Ini semua ialah janji yang benar daripada Allah SWT yang berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kalian dengan sesuatu daripada ketakutan (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155);

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya, kami ialah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ (156);

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya. (157).”

(Surah al-Baqarah: 155–157)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini, kita hendaklah mengambil teladan daripada Nabi Ibrahim AS dan keluarganya yang berjaya dalam ujian yang dihadapi dengan Islam yang bermakna penyerahan diri kepada Allah SWT.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi dan rasul) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada Hari Akhirat kelak tetaplah daripada orang-orang yang soleh (yang tertinggi martabatnya). (130);

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: ‘Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!’ Nabi Ibrahim menjawab: ‘Aku serahkan diri (tunduk taat dan memeluk Islam) kepada Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam.’ (131).”

(Surah al-Baqarah: 130–131)

بارك الله لي ولكم فأقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين والمسلمات انه هو الغفور الرحيم

************************************************************

Khutbah Kedua

الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

اشهد أن لا اله الا الله وحدهل لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه

اما بعد

فيا عباد الله أوصيكم واياى بتقوى الله فقد فاز المتقون وتزودوا فان خير الزاد التقوى

Muslimin dan muslimat sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya ni’mat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT.

Dan hanya kematian di dalam iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam”

(Ali ‘Imran: 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya ni’mat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam.

Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

لايومن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri”

Sehubungan itu, hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesushahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan, kebuluran dan wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia hari ini. Juga terhadap umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, Uyghur, Myanmar dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi itu.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan.

Tanda kasih kita kepada Baginda SAW dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguhnya”

(Al-Ahzab: 56)

Khutbah