Hari Pertama Parlimen Dibuka, Pakatan Serlahkan Sikap Hipokrit

Hari Pertama Parlimen Dibuka, Pakatan Serlahkan Sikap Hipokrit

Tanggal 26 Julai 2021, Parlimen dibuka untuk Mesyuarat Khas.

Yang paling tak sabar nak masuk dan pasti tak lewat adalah Anwar, PM Netizen [1]. 

Dah lama dia mengidam nak masuk Parlimen.

Semenjak bulan Januari 2021, Anwar meracau mahu “sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah COVID-19 dan ekonomi.” [2]

Apabila YDPA menzahirkan bahawa Parlimen harus dibuka, Anwarlah yang paling gembira.

Tak sabar dia nak tunggu langkah seterusnya [3].

Katanya, “Buka Parlimen segera demi selesai isu COVID-19” [4] dan “untuk memastikan segala persoalan mengenai isu COVID-19 dijawab.” [4].

Kononnya stail dia, “buka parlimen hari ni, besok Covid-19 setel”.

Tidak cukup dengan itu Anwar berkata, “buka ruang perbahasan, Anwar jamin tiada usul undi tidak percaya kepada PM” [5].

Cewah, sembang melangit. Bukan Anwar la kalau tak sembang melangit.

Kemudiannya disebut pula, “Pastikan sidang parlimen 26 Julai ada ruang berbahas” [6].

Anehnya, bila tiba 26 Julai, Anwar dan kuncu-kuncunya tidak berminatpun untuk mendengar penerangan PM tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang khusus untuk memerangi Covid-19 sebaliknya mereka menggangu pula majlis tersebut [7], ibarat “pembangkang bagai kera dapat bunga” [8].

Belum sampai satu jam Parlimen bersidang, perangai sebenar pembangkang  terserlah.

Kita jangan lupa, dulu semasa PH (Pakatan Harapan) pegang kerajaan, mereka potong atau hapuskan banyak bantuan.

Bila rakyat minta, mereka kata kerajaan tak ada duit.”. [8]

“Ingat lagi RM30 kerajaan PH  bagi? Masa kerajaan banyak duit, dia bagi RM30. Masa kewangan kerajaan terhad sekarang ni, agaknya berapa yang dia nak bagi? RM30 lagi?” [8]

“Lebih buruk, apabila kerajaan sekarang nak bentangkan dalam Parlimen rancangan penuh untuk bantu rakyat, mereka cuba sedaya upaya untuk ganggu,” [8]

PH juga mempersoalkan tindakan Yang Dipertua Dewan tidak membenarkan mereka mengemukakan usul dan mengundi terhadap Proklamasi Darurat. [7]

Anehnya, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hasan mengumumkan kerajaan tidak akan menasihati YDPA untuk menyambung Proklamasi Darurat, Anwar bising seperti tak puas hati Darurat dibatalkan[9].

Akhirnya, satu hari di Parlimen berlalu tanpa PH mengambil endahpun tentang covid-19.

Yang mereka tahu hanya menjerit, melalak dan mengganggu orang lain berucap. 

Apa yang diucapkan Anwar selama ini tipu sahaja.

Mahu buka parlimen bukan untuk bincang pasal covid-19 dan hal rakyat, tetapi helah politik untuk survival diri sendiri.

Tambah menyinggung perasaan ialah sikap pemimpin PH seperti Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang berterusan membangkitkan Peraturan Mesyuarat ketika Muhyiddin membaca al-Fatihah untuk mangsa-mangsa COVID-19 [10].

Tiada langsung perasaan hormat pada majlis dan simpati pada mangsa bencana.

Padahal dahulunya Lim Guan Eng bukan main pandai lagi berkata “Kita tunggu azan habis dulu” [11].

Maknanya kau menipu lah ye, konon nampak suci.

Kalau begini, lebih baik dipanggil PAKATAN HIPOKRIT.

Buang sahaja HARAPAN itu kerana sememangnya mereka bukan memikirkan tentang negara dan rakyat, sebaliknya mengejar kuasa dan kepentingan sendiri.

“Bukan PH kalau tak jadi PHenipu”

DrPalaTao

Rujukan:

[1] Anwar jadi pilihan netizen untuk jadi PM ke-9
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-jadi-pilihan-netizen-untuk-jadi-pm-ke9-306004

[2] Anwar dakwa 114 hingga 115 Ahli Parlimen setuju sidang Parlimen segera
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779261/anwar-dakwa-114-hingga-115-ahli-parlimen-setuju-sidang-parlimen

[3] Buka Parlimen: Anwar tunggu langkah kerajaan selanjutnya
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buka-parlimen-anwar-tunggu-langkah-kerajaan-selanjutnya-303535

[4] Buka Parlimen segera demi selesai isu COVID-19 – Anwar Ibrahim
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buka-parlimen-segera-demi-selesai-isu-covid19-anwar-ibrahim-303722

[5] Buka ruang perbahasan, Anwar jamin tiada usul undi tidak percaya kepada PM
https://malaysiagazette.com/2021/07/18/buka-ruang-perbahasan-anwar-jamin-tiada-usul-undi-tidak-percaya-kepada-pm/

[6] Buka ruang perbahasan, Anwar jamin tiada usul undi tidak percaya kepada PM
https://malaysiagazette.com/2021/07/18/buka-ruang-perbahasan-anwar-jamin-tiada-usul-undi-tidak-percaya-kepada-pm/

[7] Penerangan PM terganggu, pembangkang bantah keputusan Yang Dipertua Dewan
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/penerangan-pm-terganggu

[8] Sidang Parlimen: Pembangkang bagai kera dapat bunga
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/sidang-parlimen-pembangkang-bagai-kera-dapat-bunga/

[9] Anwar persoal kaedah umum pembatalan Ordinan Darurat
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843458/anwar-persoal-kaedah-umum-pembatalan-ordinan-darurat

[10] Pembangkang Terjerit-Jerit Bila PM Ajak Tafakur, Baca Al-Fatihah
https://www.malaysia-today.net/2021/07/26/pembangkang-terjerit-jerit-bila-pm-ajak-tafakur-baca-al-fatihah/

[11] “Kita tunggu azan habis dulu” – Guan Eng
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/06/06/lim-guan-eng

Isu Semasa