Awal hari ini, portal milik Umno Free Malaysia Today memuatnaik kenyataan, kononnya, dua peguam perlembagaan terkemuka berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya mesti meletakkan jawatan kerana mengelirukan Parlimen.
Lim Kit Siang mengatakan perkara yang sama pada tahun 1994 ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong kepada Parlimen mengenai bencana Bank Negara Forex bernilai RM31.5 bilion.
Tapi takde pun Mahathir dan Anwar letak jawatan.
Akhirnya, Kit Siang yang macam anjing menyalak bukit.
Dan setelah sekian lama, Kit Siang memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri DAP atau PM7 pada Mei 2018, dan sekarang dia mahu Anwar mengambil alih jawatan PM9.
Sekarang mereka mahu Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya mengundurkan diri kerana kononnya, berbohong kepada Parlimen – merujuk kepada kenyataan akhbar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Baca betul-betul Parlimen Hansard di bawah.
Tidak ada yang berbohong kepada Parlimen.
Sebenarnya, kenyataan Perdana Menteri telah menjelaskan semuanya dengan sangat jelas.
Merekalah yang menyesatkan rakyat dengan membohongi apa yang terjadi.

BACA SELANJUT DI SINI: Tindakan Kerajaan Teratur Dan Selaras Dengan Peruntukan Undang-Undang Dan Perlembagaan Malaysia
Masalahnya tidak ada yang peduli membaca Parlimen Hansard sebelum membuka mulut.
Cakap dulu, periksa kemudian. Selalu macam tu.
Hansard Parlimen dan Kenyataan PM telah menyelesaikan masalah mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Orang-orang ini kuat sangat berdrama.
Yang takde kata ada. Yang ada kata takde.
Kalau tak sokong kerajaan umumlah awak dah jadi Ahli Parlimen Bebas.
Pergi duduk sebelah Tengku Razaleigh Hamzah di kawasan Ahli Parlimen Bebas.
Tak payah cakap banyak.

Raja Petra Kamarudin