Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menghantar satu usul kepada Speaker Parlimen.
Dalam usul ter sebut beliau berkata ahli-ahli Dewan Rakyat pada hari ini mengambil maklum dan menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa “permohonan pembatalan semua ordinan darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung di dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.”
“Ini jelas apabila Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 29 Julai 2021 telah membidas sikap biadap dan perlakuan derhaka oleh Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan yang secara terang telah mengelirukan Dewan Rakyat.
Disamping itu Datuk Seri Zahid Hamidi meminta semua ahli parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri (BACA DI BAWAH)




