Apa Ketua Penerangan Umno Terengganu Mahu?

Apa Ketua Penerangan Umno Terengganu Mahu?

Semalam tersiar satu kenyataan politik dari Ketua Penerangan Umno Terengganu, Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku yang disiarkan dalam FB milik Penerangan Umno Terengganu berkenaan sindiran beliau kepada PM, TS Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, TG Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang telah mengadakan pertemuan pada Khamis lalu, di kediaman Presiden PAS, di Rusila.

Dengan bahasa yang agak kasar, memanggil kedua-duanya sebagai ‘sakit’ kita menjadi hairan kerana ia jelas menghina keadaan kedua-duanya.

Mungkin Nik Dir masih belum khatam berkenaan takdir yang Allah tentukan.

Begitulah apabila kejahilan menyelubungi diri, hampir mati pun, masih tidak mahu belajar bab takdir.

Tiada orang mahukan sakit.

Tiada orang mahukan miskin atau apa-apa yang dirasakan menyusahkan hidup.

Jadi, apabila datangnya ujian Allah, ketika itu, semua kena redha, bukannya pakat-pakat ‘menganjing’ kerana ujian yang tertimpa itu.

Di Marang, pernah bekas Exco, Yahaya Khatib terkena stroke.

Pimpinan PAS seperti YB Ustaz Mohd Nor Hamzah malah, menziarahi beliau, bertanya khabar.

‘The Giant Killer’ Dato’ Abdul Rahman Bakar atau Cikgu Mang Bakor, juga pernah diuji dengan stroke.

PAS tidak memperlekehkan sakit beliau.

Baru-baru ini, allahyarham Ku Za, bekas calon Umno di Rhu Rendang, beberapa kali pernah menentang Presiden PAS, meninggal dunia kerana sakit yang agak teruk.

Tiada suara pimpinan PAS mentertawakan beliau dan keluarganya disebabkan sakit itu.

Apa niat Nik Dir mahu bermain sentimen sebegini?

Pernah di dalam satu Sidang Dun, mantan Exco dari Umno, memperli Adun Chukai yang bertanyakan soalan kenapa Kawasan Perindustrian Teluk Kalong semakin malap diwaktu itu.

Jawapan beliau ialah kawasan itu tiada masalah, semuanya baik.

Tetapi, tambah beliau lagi, Adun Chukai lah yang sedang malap (ketika itu Adun Chukai memang menghadapi sakit buah pinggang dan soalannya diwakilkan kepada Adun Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim).

Maka Adun Tepoh bangun kembali memberi amaran yang perkara sakit sebegitu, jangan dibuat main-main.

Alhamdulillah, Exco itu kalah kemudiannya dalam PRU 14.

Ketika Nik Dir memperlekehkan TS Muhyiddin mencari bantuan politik, dia lupa yang ‘bos’ Umno Terengganu sekarang ini, pernah ketika krisis perlantikan MB Terengganu, tanpa segan silu, pergi ke Kubang Lembek, Manir, mahu ‘membeli kambing’ daripada almarhum TG Dato’ Harun Taib.

Dan ‘urusniaga’ itu, menjadi kenangan semua pemerhati politik, sehingga almarhum meninggal dunia.

Jadi, Nik Dir sendiri lupa apa Ketua Perhubungan Umno Terengganu lakukan dahulu, kemudian mahu mengejek langkah politik orang lain?

Kasihan. Ini sahajakah kualiti yang Ketua Penerangan Umno Terengganu ada?

Kehabisan stok pimpinankah Umno Terengganu sekarang?

Macam budak-budak, ejek mengejek jadi agenda utama.

Terdesak sangat ke nak menang di Dun Rhu Rendang?

Dengan tulisan yang banyak ‘typo’ menunjukkan ‘cakduh’nya penulisan beliau, atau tiada pemeriksa sebelum disiarkan?

Dan yang lucunya, FB Penerangan Umno ini mengambil berita palsu berkenaan sebab gangguan bekalan air di Kuala Nerus iaitu kerana aktiviti memancing, lalu disiarkan kepada umum.

Ini lah ‘standard’ yang Penerangan Umno Terengganu miliki.

Periksa lah dahulu sebelum sebar.

Serah kepada budak-budak berhingus sahaja lah kerja-kerja begini Nik Dir oiii…..

Mohd Nasir Abdullah

Isu Semasa