Amanah kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang meletakkan syarat dalam menyatakan sokongan terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata tindakan itu tidak ubah seperti sebuah ugutan kepada Ismail oleh PN.
“Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN kepada Ismail menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi oleh politik peras ugut yang bercorak kumpulan Mafia,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.
“Saya mohon kepada kebawah Duli Tuanku, sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara ini sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.”
Mahfuz pada masa sama turut mendakwa, beliau yakin tindakan mengugut juga berlaku kepada Ismail dari kalangan kumpulan presiden Umno.
Persoalannya apa kena mengena syarat Perlantikan Perdana Menteri dengan Amanah atau Pakatan Harapan?
Sebenarnya sebab Mahfus kesal dengan syarat tersebut kerana ia telah menutup ruang kepada Pakatan Harapan untuk memfitnah terhadap kerajaan Ismail Sabri sebagai ‘Kerajaan Kleptokrat’ atau kerajaan ‘Kluster mahkamah’.
Sebagaimana sebelum ini apabila Pakatan Harapan gagal mencari ruang untuk menyerang kerajaan Parikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin lalu mereka mencipta slogan ‘Kerajaan Gagal’.

Terdahulu, PN sebulat suara bersetuju mencalonkan Ismail sebagai perdana menteri yang baru secara bersyarat.
Sebelum ini Muhyiddin menyatakan semua 50 ahli Parlimen daripada parti gabungan PN, iaitu 31 dari Bersatu, 18 PAS dan seorang dari Star sudah menyerahkan surat akuan bersumpah ke Istana Negara termasuk empat ahli Parlimen bebas.
Antara syarat itu ialah sekiranya dilantik sebagai perdana menteri, ahli Parlimen Bera itu hendaklah memastikan jemaah menteri yang dilantik terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.
Katanya, kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.