PAS Dan Islam

PAS Dan Islam

Tajuk di atas saya bukan ingin klaim hanya PAS satu-satunya pihak yang perjuangkan Islam, malah terdapat banyak pihak yang buat kerja demi agama yang tercinta ini.

Cuma ingin saya tonjolkan bagaimana PAS telah membawa mesej Islam secara bersungguh di persada politik negara.[1]

Sesuai dengan semangat dan hala tuju dan termaktub di dalam perlembagaan PAS.

Fasal 6 (2) menyatakan “Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.”[2]

PAS sangat konsisten membawa mesej Islam sejak dari dari dulu.

Antara sumbangan terbesar PAS dalam memperkasakan bidang kuasa syariah adalah menggubal enakmen syariah di negeri Kelantan, dengan memasukkan peruntukan hudud, qisas dan takzir yang diluluskan dalam sidang DUN Kelantan pada 25 November 1993, dan kemudian mula mendapat perkenan diraja pada tahun 2015. sekalipun masih belum dikuatkuasakan, ia telah menjadi bukti sejarah kesungguhan yang telah diambil kerajaan negeri Kelantan dalam memartabatkan Islam.[3]

Tidak ketinggalan juga negeri Terengganu, setelah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999. perbincangan dan draf ke arah perlaksanaan hukuman Hudud terus bermula.

Lalu setelah melalui perbahasan di dalam DUN Terengganu, secara rasminya enakmen syariah Terengganu mendapat perkenan diraja pada 2 September 2002.

Usaha ini telah menjadi anak tangga kejayaan. sekalipun masih tidak dapat dikuatkuasakan, tapi ini telah menjadi sejarah yang penting.

Ibaratnya tapak sudah siap berdiri, hanya menunggu dipasang tiang dan atap ke arah perlaksanaanya.

Malahan, enakmen ini mungkin boleh kekal sehingga ribuan tahun akan datang sekiranya rakyat negeri kelantan dan Terengganu masih mempunyai cita-cita yang sama dan inilah sumbangan yang sangat nyata bagi anak cucu kita pada masa akan datang.[4]

PAS sentiasa membawa formula ISLAM, bagi memastikan nilai-nilai Islam boleh diterapkan di dalam masyarakat moden pada hari ini.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh negeri Kelantan misalnya. memulakan usaha menjenamakan Bandaraya Islam. diberi nama MPKB-BRI.

Bagi menjayakan usaha ini, dibahagikan kepada fasa 1 (2003-2005), manakala fasa ke-2 (2006-2015).

Ini adalah perancangan panjang dan bersungguh-sungguh yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan.

MPKB-BRI meliputi Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian.

Manakala langkah awal yang telah dimulai sejak awal memenangi pilihanraya, iaitu bermula 1 Januari 1991 premis-premis perjudian dihapuskan.

Menutup semua pusat video game, karaoke, disko, kelab malam, pengasingan kaunter lelaki dan perempuan, mengharamkan pertunjukan yang melalaikan dan mengghairahkan, peraturan menutup aurat dan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan mengawal penjualan arak secara terbuka.

Manakala antara langkah berani MPKB-BRI, ialah menguatkuasakan peraturan menutup aurat di premis perniagaan dan perkhidmatan.

Usaha ini telah dilaksanakan dengan beberapa fasa.

Fasa 1, 1992. mula dikuatkusakan peraturan menutup aurat bagi pemegang lesen. ini adalah langkah berhemah sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya kepada penduduk awam.

Oleh kerana, peraturan ini diletakkan sebagai syarat lesen, pemegang lesen ataupun majikan bertanggungjawab memastikan pekerja di premis memaki pakaian menutup aurat dan sopan bagi bukan Islam.

Justeru kompaun hanya dikenakan kepada majikan, bukan kepada pekerja itu sendiri. sepanjang dikuatkuasakan 31 kompaun dikeluarkan kerana kesalahan melanggar syarat pelesenan berkaitan aurat di pelbagai jenis premis. dan kompoun pada ketika itu, bernilai RM10 sahaja.

Selain kompaun, MPKB-BRI berkuasa mengambil tindakan terhadap lesen perniagaannya sama ada ditarik balik, dibatalkan atau tidak disambung.

Fasa 2, 2002-2004. sepanjang tempoh ini MPKB-BRI berjaya menggubal 8 undang-undang kecil.

Ini bermaknya pihak berjaya mewartakan peraturan ini secara rasmi melalui perundangan yang sah.

Walau bagaimanapun, hanya bersangkutan dengan pekerja-pekerja di premis-permis, bukan masyarakat awam.

Proses hukuman kepada pesalah, nasihat secara lisan atau bertulis akan diberikan terlebih dahulu, sekiranya berulang, kompoun akan dikeluarkan. kompoun maksimun sebanyak rm500, dan diberi peluang membuat rayuan pengurangan sehingga 50%. sekiranya pesalah tidak membayar kompoun dalam masa seminggu, notis peringatan akan dikeluarkan dan menunggu sehingga sebulan.

Sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak pesalah, notis mahkamah akan diberikan, diberi masa 14 hari, sekiranya tiada apa-apa tindakan pesalah akan didakwa dan dimulai perbicaraan.

Hukuman maksimun bagi peringkat ini sebanyak RM2000.

Demikianlah antara usaha yang telah dilakukan oleh PAS umumnya dan pihak kerajaan kelantan khususnya.

Manakala usaha yang dilakukan oleh kerjaan negeri Terengganu saya akan kongsikan di dalam penulisan yang akan datang.

1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4650319848326064&id=100000442854727&set=a.561959917162098&source=57[1]

2. https://pas.org.my/perlembagaan-pas/[2]

3. http://www2.esyariah.gov.my/…/5f6f30e2e4a6039f482580130…[3]

4. http://www2.esyariah.gov.my/…/cb36901c419ea864482573850…[4]

5. https://ejournal.um.edu.my/…/download/22668/11257/49119

Isu Semasa