Terengganu Inc Sumbang RM1.61 Juta Untuk Krisis Air Terengganu

Terengganu Inc Sumbang RM1.61 Juta Untuk Krisis Air Terengganu

Kumpulan Terengganu Inc menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM1.61juta kepada DUN-DUN terjejas berikutan Krisis Air Berangan yang berlarutan di Daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu hari ni.

Sumbangan adalah daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), TDM Berhad, EPIC Berhad, Ladang Rakyat Berhad selain Terengganu Inc yang turut merasai bebanan yang dihadapi oleh pengguna terlibat.

Replika cek sumbangan disampaikan oleh Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Hj. Burhanuddin Hilmi bin Harun kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar di pusat agihan air mineral DUN Buluh Gading di Dewan Sivik di DUN Gading awal pagi tadi.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Encik Abdul Karim Endut, wakil-wakil syarikat TDM Berhad, EPIC Berhad dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRT).

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pengguna yang terkesan. Insyallah.

Terengganu