UMNO akan bermesyuarat sekali lagi berhubung Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Menurut Ab Rauf, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam ini masih tidak mencapai sebarang keputusan.
“Saya tidak tahu. Tiada keputusan lagi.
“Kita akan meeting (mesyuarat) lagi sekali,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
MKT Umno malam ini bermesyuarat untuk menentukan sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan, Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata UMNO menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pilihan raya berkenaan.
“MKT (Majlis Kerja Tertinggi) bincang mengenai PRN Melaka. Kena tunggu keputusan SPR,”