Bendera Purnama Dan Islam Memimpin

Bendera Purnama Dan Islam Memimpin

Saya masih ingat, di awal 1995 bendera PAS di gelar Jepun putih di Sabah.

Ini kerana warna putih menggantikan merah pada bulatannya.

Mungkin tujuan ia dinamakan begitu untuk memburukkan PAS atau mungkin juga untuk mudah di fahami.

Lambang PAS yang berbentuk bulatan putih di latari hijau tua di luar sangat mudah di lakar.

Hanya ambil talam dan bulatkan.

Urusan mewarna boleh di serahkan kepada siapa sahaja.

Namun apabila bendera bulan purnama ini memenuhi mana mana ruang, ia menjadi kegerunan musuh malah dilihat terang diwaktu malam.

Pernah di zaman Tun M, lambang Petronas yang sangat mirip lambang PAS di arah tukar.

Warna hijau kain sekolah agama rakyat juga di minta bertukar merah.

Begitulah kehebatan lambang dan warna tema PAS menjadi kegerunan musuh.

TGHH seringkali menekankan agar islam memimpin.

Sesiapa yang mengikuti tulisan, kuliah dan ceramah TGHH kita akan temui penekanan ini.

TGHH juga selalu mengingatkan tentang bahaya musuh menjadikan parti islam sebagai anak tangga untuk mencapai kemenangan.

Arab spring di jadikan contoh semasa.

Baru-baru ini PN membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka.

Ia mengejutkan ramai penyokong dan pendokong PAS.

Sejujurnya, saya sendiri belum kenal lambang PN.

Jika di buat tinjauan, lambang “jepun putih” lebih dikenali sebagai lambang PAS dan parti islam.

Lambang atau simbol adalah kekuatan penting yang wajar dipertahankan.

Masih terngiang ucapan TGHH lewat 90an tentang kisah Uqbah bin Nafi’ yang berada di bukit Maghribi menghadap ke laut.

Ia berseru “jika aku tahu di seberang lautan ini ada tanah dan di diami manusia, nescaya aku renangi lautan ini untuk aku pacakkan bendera islam di sana”.

Hebatnya bendera yang menjadi simbol perjuangan.

Dalam PAS, penggunaan logo di tulis secara jelas dalam perlembagaan.

Jika ia tercatat dalam perlembagaan, bermakna untuk merubahnya perlukan persetujuan sidang muktamar atau setidak-tidaknya mesyuarat Jawatankuasa yang telah dipilih muktamar.

Mungkin Syuro yang menjadi teras menjaga prinsip PAS boleh memimpin pandangan dalam isu ini.

Perisytiharan penggunaan logo ini mungkin menyentak UMNO yang merupakan sekutu PAS di dalam MN.

Ia seakan isyarat tiada lagi MN.

Keputusan PAS ini pastinya belum tuntas kerana hingga kini tiada edara rasmi suara PAS.

Ia hanya suara TS Muhyidin mewakili PN yang disertai PAS.

Prinsip PAS belum berubah, Pertahankan PN dan perkasakan MN.

Mungkin ahli PAS ramai yang terasa hati dengan kenyataan angkuh beberapa pemimpin UMNO khususnya presiden dalam isu kerusi.

Namun ahli PAS sentiasa patuh kepada pimpinan. BERSATU nampaknya lebih pantas cuba mengikat PAS dalam menghadapi PRN Melaka.

Jangan di lupa, sebagai parti Islam, PAS mesti berperanan memimpin perpaduan dan perubahan.

Apapun keputusan yang akan di buat, sewajarnya berdiri di atas prinsip Islam Memimpin dan PAS adalah penyatu ummah.

Rakyat merindui sentuhan PAS memimpin perpaduan.

Semoga kilauan sinar purnama kekal bercahaya selamanya.

FHOAS

Kolumnis