Petikan 1
‘Adakah ini hasil yang dikehendaki dan motivasi politik sebenar kerajaan persekutuan untuk akur kepada kehendak parti ekstremis, PAS? … Langkah sengaja melaksanakan sekatan tidak perlu dan campur tangan dalam gaya hidup serta amalan perniagaan orang bukan Islam yang tidak diganggu gugat sejak merdeka sekadar untuk memuaskan hati PAS … DAP menggesa kerajaan tempatan, khasnya di negeri dikuasai Pakatan Harapan supaya tidak melaksanakan peraturan itu yang melarang dan mengehadkan hak sedia ada orang bukan Islam.’ – Lim Guan Eng
https://www.freemalaysiatoday.com/…/peraturan-lesen…
Petikan 2
‘All coffee shops selling beer are required to apply for a separate licence. Now, to open a new coffee shop one has to apply for a business licence, a signboard licence and now even a beer licence, so just how many licences are needed to sell a coffee?’ – Nga Kor Ming
https://www.malaymail.com/…/deputy-minister…/2026285
Sebab itu, saya kata, ahli politik mesti kena ada tarikh luput.
Pertama sekali, tiada hak orang bukan Islam untuk menjual dan membeli arak atau bir.
Semua itu adalah hak yang diberi dan dikawal oleh undang-undang, khususnya Akta Eksais 1976 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
Kedua, pengawalan penjualan dan pembelian arak dan bir berlaku di semua negara, termasuk First World Country.
Saya boleh sahkan tiada parti PAS di negara-negara itu.
Ketiga, kalau nak jual kopi tak perlulah memohon beer house licence.
Tapi kalau nak jual bir, maka kenalah dapatkan lesen itu.
Orang miskin jual nasi lemak tepi jalan pun kena ada lesen PBT, baru boleh berniaga.
Takkan kedai tauke restoran yang menjual bir perlu dikecualikan.
Kalau DAP kesian sangat dengan rakyat, saya cabar kerajaan negeri Pulau Pinang hapuskan semua lesen premis perniagaan.
Tak perlu kutip fi untuk signboard. Boleh?
Keempat, PBT tak payah nak masuk campurlah isu yang terletak dalam bidangkuasa kerajaan persekutuan.
Pulau Pinang pun ada isu lain yang membebankan orang ramai.
Sebagai contoh, sejak berbulan tuanpunya lori mogok kerana isu caj tambahan yang dikenakan MBSP.
Kenapa Lim Guan Eng buat bodoh?
https://www.utusan.com.my/…/pengusaha-pemandu-lori…
DR. SHAMSHER SINGH THIND
P.S. LGE, bapak lu dah nyanyuk, hari-hari “Najib, Najib, Najib”. Dan lu pula hari-hari “PAS, PAS, PAS”. Saya cakap, lu lagi baik bersara duduk rumah dan kasi selesai itu kes terowong dulu. Lu tak payah hari-hari corn cake kuat. Dalam bahasa Punjabi ada satu peribahasa. “jiddaan da mu ohi je chaped”, yakni macam mana punya muka itu macam punya tamparan. Tak percaya? Tanya YB Tuan Gobind Singh Deo.