Ramai tidak percaya Hotel Paya Bunga telah mendapat keuntungan melebihi 1000 peratus.
Ada yang mendakwa ia sebagai membesar-besarkan cerita untuk mendapat kredit dan memalukan lawan.
Sebenarnya fakta itu benar, tetapi maksudnya bukan begitu.
Mungkin sebab mereka lihat Lebai yang jaga.
HPB sepatutnya beroperasi pada Jan 2017.
Kakitangannya sudah ada.
Malah ‘Bos’ HPB tinggal di sebuat resort di sekitar Kuala Nerus ditanggung HPB. Kerajaan Negeri ketika itu sudah cuba melancarkan operasinya sebanyak dua kali, tetapi gagal kerana banyak isu yang gagal diselesaikan waktu itu.
Ia rugi RM1.8 juta.
Jadi kos operasi HPB sudah dikira kerana telah mempunyai hutang dan gaji yang telah dibayar, tetapi tiada hasil.
Bermakna HPB rugi.
Tahun 2019 rugi dikurangkan kepada RM400 ribu sahaja, kemudian 2020 untung RM260 ribu dan 2021, bertambah RM3.2 juta.
Jadi musuh Kerajaan Negeri malu mengaku, maka dituduhnya Kerajaan sengaja mereka cerita keuntungan 1000 peratus itu.
Faham sekarang?
Mohd Nasir Abdullah