Kemenangan dalam Islam ini ada dua bentuk.
Pertama, kemenangan di dunia sehingga boleh memerintah negara.
Kedua kemenangan di hari akhirat kelak.
Kalau kita betul-betul memperjuangkan Islam ketika hayat kita, sudah pasti syurga yang dijanjikan itu akan menjadi milik kita.
Nabi Nuh berjuang 950 tahun.
Orang menganggap Nabi Nuh mustahil mendapat kemenangan namun Allah SWT menurunkan taufan, lalu membinasakan mereka yang menentangnya.
Nabi Nuh mendapat kemenangan selepas 1,000 tahun.
Orang menganggap mustahil Nabi Ibrahim dapat mengalahkan Namrud tetapi Allah SWT menunjukkan kekuasaannya apabila Namrud dibinasakan hanya dengan seekor nyamuk sahaja.
Nabi Ibrahim tetap menyebarkan ajaran Allah SWT.
Orang menganggap mustahil Nabi Musa dapat mengalahkan Firaun.
Kejamnya Firaun itu sehingga membunuh anak-anak lelaki yang baru lahir.
Dengan kekuasaan Allah SWT, akhirnya Nabi Musa itu dipelihara di dalam mahligai Firaun itu sendiri dan menjatuhkan kerajaan Firaun selepas itu.
Nabi Muhammad SAW menjanjikan bahawa Parsi dan Rom akan tumbang dan akhirnya kedua-dua kuasa besar ini ranap seperti yang dijanjikan.
Para ulama’ menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1951 dan sehingga hari ini kita berjaya bertahan di dalam kancah politik negara.
Alhamdulillah kita dapat memerintah tiga buah negeri dan kita usahakan lagi.
Mudah-mudahan Majlis Ulang Tahun 70 Tahun PAS ini diberkati Allah SWT.
Seeru ‘ala barakatillah.
Teruskan perjalanan dengan mendapat berkat daripada Allah SWT.
Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG