Fakta Ringkas Seminit

Fakta Ringkas Seminit

TDM

Pada tahun 1999-2004, Kerajaan Negeri Terengganu telah memilih seorang ahli perniagaan iaitu YM Raja Idris Raja Kamarudin untuk membantu mengemudikan TDM.

TDM berjaya mencatatkan keuntungan yang amat baik dalam empat tahun itu.

Tahun 2018, Raja Idris sekali lagi dipilih bagi mengepalai TDM.

Banyak suara-suara sumbang ada memperlekehkan beliau sebagai ‘orang luar’ Terengganu, tetapi sebenarnya takut TDM sekali lagi berjaya, maka mereka melakukan lecehan ini.

Hasilnya, pada tahun 2021, TDM mencatat pendapatan tertinggi dalam 10 tahun iaitu RM511 juta, berbanding purata sebelum ini RM440.

Dan benar sekali ketakutan mereka, kerana faham dosa pahala, TDM juga berjaya keluar dari kaunter bukan Syariah KLSE, selain daripada keuntungan yang dibuat pada Q1 tahun 2022 meningkat sebanyak 40 peratus berbanding Q1 tahun lalu.

Kejayaan ini jelas menunjukkan akan kesungguhan orang yang dilantik dalam TDM bekerja untuk menggandakan wang rakyat.

Lalu, rakyat mula nampak bandingan dengan yang dahulu.

Sebab itu mereka takut.

Faham sekarang?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis Terengganu